Rumah Mampu Milik B40: Permohonan Dibuka, Mohon Sekarang!

Permohonan rumah mampu milik bagi golongan B40 kini dibuka. mohon sekarang sebelum terlambat!

Adakah anda mengetahui kewujudan TEDUH? Portal Info akan kongsikan kepada anda perincian penuh berkaitan TEDUH pada kali ini.

Apa itu TEDUH?

Untuk makluman, TEDUH merupakan satu portal rasmi dimana akan mengungkapkan maklumat dan juga fungsi carian berkaitan projek-projek serta program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Rumah Negara atau SPRN merupakan salah satu modal utama di dalam TEDUH.

Fokus utama TEDUH adalah berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memiliki rumah di bawah naungan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Baca Juga: BPR Tambahan & Moratorium Automatik

Terdapat beberapa syarat & kelayakan untuk mengemukakan permohonan.

Syarat & Kelayakan

SKIM PPR DISEWA

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
  3. Pendapatan isi rumah haruslah di bawah RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon masih belum memiliki rumah sendiri.
  5. Menepati syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

SKIM PPR DIMILIKI

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
  3. Pendapatan isi rumah hendaklah di bawah RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon belum memiliki rumah sendiri.
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

SKIM PRIMA

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bujang / berkahwin atau berumur 21 tahun ke atas sahaja.
  3. Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua anda.
  4. Pendapatan isi rumah hendaklah RM15,000 ke bawah.

Cara Mohon Rumah B40

Untuk memohon skim perumahan portal TEDUH, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Sila ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan:

1. Daftar Akaun Pemohon

Rumah Mampu Milik B40

Rumah Mampu Milik B40

  1. Pastikan pemohon yang ingin membuat permohonan PPR Disewa, pemohon hendaklah terlebih dahulu membuat akaun seperti link yang telah disertakan di bawah.
  2. Sila klik link yang disediakan ini. Halaman rasmi TEDUH https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. Sila pastikan pemohon mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan alamat e-mel dengan lengkap untuk tujuan pengesahan.

2. Pergi Ke E-mel Untuk Pengesahan

  1. Sila pastikan e-mel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih lagi aktif.
  2. Pemohon akan menerima e-mel dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah anda daftarkan.
  3. Pastikan anda klik pada pautan yang berwarna biru.
  4. Setelah selesai, pemohon diminta untuk masukkan kata laluan. Pastikan kata laluan yang diisi adalah mudah untuk diingat.

3. Sila Pilih Skim

  1. Bagi permohonan, pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA / SKIM PPR DIMILIKI / MYHOME.
  2. Sila baca semua syarat-syarat yang diminta sebelum anda klik “pilih skim yang diinginkan”.
  3. Pastikan pemohon telah mengisi semua maklumat yang diminta dan jangan ada yang terlepas sebarang maklumat. (Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.)
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan adalah wajib.

Baca Juga: Bantuan RM1,000 Kepada Golongan Belia Berumur 18-30 Tahun

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu dilengkapkan sebelum mengemukakan permohonan.

  1. Seterusnya, pemohon perlu klik pada bahagian DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang diminta sebagai bukti kukuh untuk disemak.
  2. Sila pastikan semua dokumen yang dihantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak melebihi 3MB.

Baca Juga:

4. Pengesahan

  1. Setelah dokumen sokongan dihantar, pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Setelah selesai membuat pengesahan, semua pemohon perlu menunggu ke langkah seterusnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Penafian – Bahan artikel kami share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang related dengan “Rumah Mampu Milik B40: Permohonan Dibuka, Mohon Sekarang!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

 

 

Leave a Comment