Permohonan Rumah Harapan Rakyat Akan Tutup 30 April | Mohon Segera!

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Sebuah inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah agar dapat memiliki rumah telah dilaksana pada belanjawan 2022. Ia gelar sebagai Rumah Harapan Rakyat.

Inisiatif Rumah Harapan Rakyat adalah hasil daripada pembentangan Belanjawan 2022 yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar , Dato’ Seri Aminuddin bin Harun.

Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pada harga yang berpatutan.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Maklumat Berkaitan

Lokasi – Negeri Sembilan

Sasaran – Golongan Berpendapatan rendah

Tarikh Permohonan –  Buat permohonan sebelum 30 April 2022.

Berapakah Harga Rumah?

Harga rumah yang ditawarkan ialah cuma berharga RM78,000 seunit. Manakala, deposit yang dikenakan adalah 5% atau RM3,5000 dengan upah peguam adalah percuma.

Berapakah Nilai Bayaran Balik?

Bayaran balik yang akan dikenakan bagi pembeli rumah adalah sebanyak RM222 sebulan dengan jumlah tempoh bayaran balik pinjaman pembiayaan adalah selama 300 bulan.

Apakah Syarat Permohonan?

    • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
    • Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
    • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
    • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
    • Memiliki tanah sendiri (hak milik/perkongsian) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
    • Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
    • Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
    • Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh

Apakah Tanggungjawab Pemohon

    • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
    • Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti stem.
    • Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,500.00).
    • Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak Pembinaan mengikut spesifikasi.
    • Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik.
    • Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan.

Cara Untuk Memohon

Jenis Dokumen Yang Diperlukan

    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
    • Salinan Kad Pengenalan Penjamin
    • Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan
    • Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon
    • Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)
    • Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
    • Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)
    • Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)
    • Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)
    • Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)
    • Gambar rumah terkini (Jika ada)
    • Gambar tapak cadangan
    • Salinan Hakmilik Tanah
    • Salinan Sijil Carian Rasmi
    • Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)
    • Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Rumah Harapan Rakyat ini, sila hubungi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan di talian 06-761 6871.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×