RM10 Sebulan Untuk Data Internet 90GB | Pakej Remaja Keluarga & Peranti Keluarga

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan bantuan peranti mudah alih dan internet untuk rakyat Malaysia iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dan Peranti Keluarga Malaysia.

Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej prabayar untuk remaja dan termasuklah untuk golongan siswazah.

Didalam pakej ini, bayaran hanya perlu dibuat sebanyak RM10 sahaja sebulan dan dibayar 3 kali selama 3 bulan untuk menikmati data sebanyak 20GB selama 3 bulan.

Bukan itu sahaja, setiap hari mereka akan mendapat data 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan yang membawa jumlah data sebanyak 90GB akan diterima.

Data 20GB tersebut boleh digunakan untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan.

Sementara itu, data 1GB percuma setiap hari, ia boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula ialah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dilanggan dengan bayaran bulanan serendah RM40 dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan tetapi tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Pengguna pakej ini juga akan mendapat data 1GB Percuma

Tarikh Membuat Permohonan

Mula dibuka pada 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksaan kedua-dua pakej ini

Pengguna yang layak boleh melanggan kedua-dua pakej ini dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Berikut adalah senarai syarikat komunikasi yang terlibat:

    • Maxis
    • Digi
    • Celcom
    • TM [Peranti] [Internet]
    • UMobile
    • YTL

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh KLIK SINI ataupun layari laman web rasmi Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia di https://www.kkmm.gov.my/

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×