Ramai individu tidak tahu bahawa waris pemohon/pasangan yang meninggal dunia boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2024.
Jumlah tuntutan SKK bagi kategori bujang/keluarga tanpa pasangan dan warga emas ialah RM1,000
KELAYAKAN
- Penerima STR di bawah kategori warga emas keluarga, bujang/suami
- Sekiranya pemohon atau pasangan yang merupakan warganegara Malaysia meninggal dunia, SKK layak dituntut oleh waris berdaftar
- Meninggal dunia tahun 2024
- Suami isteri bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak mendapat SKK
- Waris mestilah waris yang berdaftar dalam borang permohonan STR
WARIS YANG LAYAK TUNTUT
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Anak Kandung/Anak Tiri/Anak Angkat)
- Adik-Beradik
- Cucu
CARA MOHON
Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara hanya selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan (2024 sahaja)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan adalah seperti berikut:
- Asal/salinan sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
- Asal/salinan kad pengenalan/sijil kelahiran waris
- Dokumen yang membuktikan hubungan antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)
TARIKH TUNTUTAN
Tarikh Kematian : 01 Januari 2024 – 31 Disember 2024
Tarikh Tuntutan Mulai : 01 Februari 2024 – 31 Disember 2024
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Risalah STR 2024
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Khairat Kematian (SKK), sila hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
Telefon: 1-800-88-2747
Emel: str@treasury.gov.my