Bajet 2022 dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.
Matlamat Bajet 2022
Antara bantuan yang menjadi perhatian dalam Bajet 2022 termasuklah perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.
Kerajaan akan fokus pada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).
-
- Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
- Membina Semula Daya Ketahanan Negara
- Memangkin Pembaharuan
Kerajaan juga dijangka memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding tahun 2021.
Bagi rakyat yang terjejas, jangan risau kerana kerajaan akan terus komited memberikan bantuan khusus serta berusaha memulihkan ekonomi negara.
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan ditambah baik dari bantuan sebelum ini.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
Kategori 1
-
- Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
- Lebih 3 anak
- Bantuan RM2000
Kategori 2
-
- Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
- 1-2 anak : Bantuan RM1500
- Tiada anak: RM1,000
Kategori 3
-
- Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
- Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
- Bantuan RM500
Kategori 4
-
- Bantuan RM300 untuk warga emas
2. Syarat Kelayakkan JKM Dinaikkan
Syarat Kelayakan Kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.
Mereka yang mempunyai pendapatan di bawah jumlah RM1169 ini layak membuat permohonan bagi mendapat bantuan melalui 11 Skim Kebajikan JKM.
Kelebihan ini dapat membuka peluang ramai orang untuk mendapat bantuan ini.
3. Bantuan Awal Persekolahan
Bantuan kanak-kanak ini ialah cuma RM 100 sebelum ini tetapi pada belanjawan 2022 ,ia telah dinaikkan kepada sebanyak RM150.
4. Diskaun PTPTN
-
- Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.
- Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.
Pemberian diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar
Ini adalah kali pertama insentif ini diwujudkan. Tujuaannya ialah untuk mendedikasikan jasa dan kerja keras para guru yang bertungkus lumus memberikan komitmen dalam mengajar pelajar dan anak murid sewaktu PDPR. Jumlah wang yang diberikan ialah RM 100 dan penerimanya dijangkakan seramai 400 000 orang.
6. Bonus Penjawat Awam
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
Lain-lain Inisiatif & Bantuan
-
- Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
- Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
- Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
- Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
- RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
- RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
- RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT
Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022
Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:
- Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/ms/ atau https://www.mof.
- Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
- Facebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia