Bagi penggemar minuman berasaskan kopi seperi nescafe, setiap hirupan dan araoma kopi merupakan satu kenīkmatan yang unik kepada mereka. Namun disebalik kenīkamatan itu terdapat proses yang unik sehingga terhasilnya satu cawan nescafe yang sedia diminum.
Namum, tidak semua penggemar nescafe dapat menghasilkan satu cawan nescafe yang sedap dirumah seperti mana mereka menikmati minuman berasaskan kopi itu seperti di Starbucks dan lain-lain. Kebiasaanya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar.
Tips Lain :
Artikel ini akan berkongsi mengenai seorang bekas pekerja Starbucks berkongsikan resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal hasil penpengalamannya bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbucks selama ini.
Mari kita ikuti perkongisian Wan LuQman ini.
RESEPI NESCAFE ALA STARBUCK
Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak.
Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja distarbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya..
Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…
Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis…yang disalahkan, nasi…kesian nasi
Langkah 1
Sesudu kecik nescafe. Tapi jangan penuh menggunung
Langkah 2
Susu cair dalam 2-4 sudu kecil
Langkah 3
Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil
Langkah 4
Campurkan dan kacau sekali
Warna bila dicampur dan dikacau…waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahah
Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya
Langkah 5
Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
SIAP
Dah siap…memang sedap…jangan ketagīhan sudah lah. Perhatikan warnanya…warna sungai pahang ini lah yang kita nak.
Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara
Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya…macam tu lah nescafe.. hahaha
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4…
Jadi kepada mereka yang merupakan penggemar tegar nescafe anda boleh cuba resepi ini. Pasti anda akan merasai sendiri secawan nescafe yang sedap hasil tangan anda sendiri. Yang kurang gemar nescafe pun akan cakap.. “perghhh.. memang sedap.. thank you for sharing..”
Dan yang paling sedap dan bertambah sedap bila ada orang tolong buatkan secawan untuk kita.. double sedapnya.. haha percayalah..
Jadi selamat mencuba!