Cara Login MySikap JPJ
Berita baik dimana kita semua sudah bebas adalah situasi kita tunggu selama ini. Tiada lagi kekangan kemana mana untuk membuat sebarang urusan. Terutama sekali dalam urusan JPJ.
Namun begitu, berikutan ramai orang akan menyerbu premis kerajaan untuk membuat urusan.
Jadi, adakah anda sedar bahawa Jpj telah mencipta sebuah portal rasmi dimana boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah kenderaan motor dan pelesenan pemandu.Bukan sekadar renew lesen.
Tanpa perlu beratur dan segala urusan dihujung jari sahaja.
Ikut kami kongsikan bagaimana cara untuk login MySikap JPJ.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apakah Transaksi Yang Ditawarkan Dalam MySikap JPJ?
Kenderaan
-
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
- Memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
- Pindah milik sukarela
- Batalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain
- Kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
Lesen Memandu
-
- Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan
- Permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
- Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
- Penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
- Kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
Kesalahan dan Penalti
-
- Semakan berkenaan saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran saman.
- Semakan status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
Pengurusan Profil
-
- Mengemaskini butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
Perkhidmatan Lain :
-
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.
Apakah Syarat Pendaftaran Pengguna MySikap?
Untuk mendaftar sebagai pengguna, berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan:
- Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;
- Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan
- Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
Kategori Pengguna Berdaftar
Jika inging mengunakan mySIKAP, sila daftar ID terlebih dahulu.
Terdapat dua kategori pengguna awam iaitu:
- Persendirian
- Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka. Nombor Rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna;
- Nombor rujukan boleh juga dijana secara online untuk eID Awam
- Terdapat 2 tahap capaian* iaitu
- eID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar online)
- eID Advanced (perlu cap jari di kaunter)
- Syarikat
- Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan yang akan mendaftarkan id mereka secara atas talian dan Nombor Rujukan akan dihantar melalui emel. Seterusnya, pengguna akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.
Terdapat 2 jenis ID dan ini batasan pengunaan ID mengikut fungsi masing-masing:
- ID awam standard
- renew lesen online / roadtax
- beli no running semasa
- id awam advance
- renew lesen online / roadtax
- beli no running semasa
- salinan rtax
- tukar nama pemilik
- tukar nama pembeli
- belian maklumat kenderaan
Cara Daftar Pengguna MySikap JPJ (Individu Persendirian)
Pendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:-
-
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah;
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
- Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pendaftaran ID mySIKAP.
Langkah membuat pendaftaran adalah seperti:
- Klik pautan https://public.jpj.gov.my/
- Isi borang pendaftaran dengan mengisi ruang yang bertanda * sahaja
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
- Klik Teruskan
- Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
- Klik Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Pendaftaran Peribadi
1. Daftar Masuk Kali Pertama
Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-
2. Klik pautan Daftar Masuk.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
3. Masukkan No. Rujukan;
Klik [Teruskan]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau
Klik [Isi Semula] untuk mengisi semula No. Rujukan;
Nota : Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya akaun anda telah diaktifkan:-
4. Kemaskini Alamat Emel, Telefon Bimbit dan Telefon Rumah;
Nota : Pengguna hanya dibenarkan mengemaskini alamat emel, nombor telefon bimbit dan nombor telefon rumah sahaja.
5. Klik [Teruskan]. Skrin Pengesahan akan dipaparkan seperti di bawah:-
6. Klik [Ya]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
7. Klik [Tutup]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
Skrin di atas terpapar dan pendaftaran berjaya. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Contoh emel dipaparkan seperti di bawah:-
Cara Login Kali Pertama
Setelah menerima e-mel rasmi dari mySikap, anda boleh login mengikut panduan kami sediakan
- Klik pautan https://public.jpj.gov.my/
- Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
- Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
- Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
- Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
- Klik Simpan. Selesai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.