Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Disember | Tamat Jumaat Ini!

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Lebih kurang 72,000 pelanggan domestik eletrik terjejas akibat banjir.

Maka itu, TNB telah mewujudkan inisiatif demi meringankan beban mangsa banjir. Rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021 telah diperkenalkan.

Bukan itu sahaja, TNB juga menawarkan inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma untuk kediaman B40 yang sangat teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mengiatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Rebat Elektrik 100% TNB?

Rebat 100 peratus secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini telah diwujudkan demi mengurangkan beban mangsa banjir yang terjejas supaya perhatian dapat dialihkan kepada perkara yang lebih penting.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif ini akan membabitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.

“Rebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya ‘one-off’ bagi bulan Disember.

“Saya juga meminta TNB untuk membantu kediaman mangsa banjir B40 apabila bekalan elektrik disambung semula dan pendawaian (dilakukan) secara percuma.

“Kita tahu rumah lama terendam dalam air dan berbahaya jadi TNB sudah membuat pemeriksaan dan melakukan pendawaian percuma di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini.

Bagaimana Cara Membuat Semakan & Permohonan

Walaubagaimanapun, cara permohonan atau pelaksanaan masih diperincikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad agar menjadi ringkas dan terlalu banyak keperluan dokumen.

Segala makluman terkini dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa di website Tenaga Nasional Berhad dan laman sosial rasmi Facebook TNB Careline.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sila majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :

1) Nama anda
2) Alamat lengkap termasuk poskod
3) Nombor telefon pertama
4) Nombor telefon kedua

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×