Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Rayuan BPR: Semakan Status & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus
Apa Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.
Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 billion telah pun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.
Bagi yang sudah melakukan rayuan, anda kini boleh membuat semakan status rayuan BPR 2021.
Portal Info ingin berkongsi maklumat lanjut semakan status rayuan BPR 2021.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Cara Semak Status
Semakan status yang telah dihantar boleh dibuat mulai Ogos 2021 di pautan berikut:
-
- Sila layari laman web https://bpr.hasil.gov.my/
- Sila pergi ke bahagian Menu MyBPR dan klik Maklumat Rayuan.
- Cetakan juga boleh dibuat pada Menu yang berkenaan.
Tarikh Bayaran
Jika anda lulus rayuan, anda akan menerima bayaran BPR, anda akan menerima bayaran BPR secara automatik pada tarikh berikut:
Bulan Ogos 2021
-
- BPR Fasa 2: RM400
- BPR Tambahan: RM500
Bulan September 2021
-
- BPR Fasa 3: RM500 – RM1,100
Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021
Syarat Kelayakan
Pemohon yang layak mendapat kelulusan adalah:
-
- Bagi pemohon yang berstatus TIDAK LULUS BPR 2021; ataupun
- Bagi pemohon yang berstatus LULUS BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan juga perubahan pendapatan sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, sila hubungi talian dibawah:
Hotline BPR di 1-800-88-2747
Alamat emel bpr@treasury.gov.my.