Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Permohonan Rayuan BKM Online BKM 2022
Ramai sudah sedia maklum bahawa Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dikreditkan bermula 28 Mac 2022 bagi individu yang mempunyai akaun bank.
dan bagi yang tiada akaun bank pula akan dikreditkan pada 30 Mac 2022
Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat terutama apabila Ramadhan semakin mendekati.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Permohonan Rayuan BKM
Kepada sesiapa yang berstatus GAGAL/TIDAK LULUS BKM, Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia anda boleh membuat rayuan.
Permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022.
Sila ke pautan berikut untuk permohonan: https://bkm.hasil.gov.my/
*Sila pastikan dokumen adalah lengkap bagi pemprosesan semakan semula LHDN.
Antarannya ialah:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
Soalan Lazim
Bilakah tarikh rayuan BKM?
Permohonan rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.
Bagaimana cara membuat rayuan BKM?
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/
Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.