Rasa Liat Nak Menyimpan? | Guna Tips Ini

Bergaji kecil tentu sekali batu penghalang untuk menyimpan apatah lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang menekan perasaan kita. Semua barang alami kenaikkan. Gaji dinaikkan malahan barang pulak ikut sama bergandingan. Namun, ia bukanlah isu yang menghalang kita dari menyimpan dan menambah cashflow kita.

Cuma apalah sudah meningkat gaji semakin besar pula perbelanjaan kita. Kalau dulu ada alasan ekonomi, tapi kalau gaji berganda , kenapa masih tak menabung lagi.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Pasang Niat Dan Fokus Kepada Matlamat

Menyimpan wang perlulah disejajarkan dengan konsistensi. Percaya dan fokuslah kepada matlamat yang kita azamkan.

Sediakan Balang Besar Dengan Gambar Matlamat

Ramai berpendapat, menampal gambar matlamat kita untuk travel atau berkahwin memberikan motivasi untuk menyimpan. Ini kerana setiap kali hendak bebelanja anda akan teringatkan matlamat anda. Gambar dibalang itu yang mengingatkan anda tujuan anda menyimpan.

Jika Terguna , Wajib Gantikan Dengan 2 Kali Ganda.

Tindakan ini tidaklah sekejam mana. Duit anda ganti tu pun duit anda juga. Cuma pergantian tu dilebihkan kerana untuk mendidik anda erti disiplin dan rasa gentar. Nanti taklah anda sewenang wenangnya beli barang.

Sasarkan Tempoh Berapa Lama Menyimpan

Sasaran berapa lama anda mahu simpan adalah untuk menempatkan garis pencapaian anda. Tak adalah anda menyimpan tanpa waktu bersasar. Melalui cara ini anda akan melihat sejauh mana anda perlu menyimpan. Dengan kaedah ini anda akan kurang stress dan sekiranya anda berjaya mencapai jumlah simpanan pada masa tertentu anda akan merasa berjaya.

Istiqamah Setiap Hari

Menabung ni anda perlu istiqamah setiap hari.Anda akan memupuk perasaan suka menabung

Kira Tabung Setiap Awal Bulan

Setiap awal bulan, kira dalam tabung tu ada berapa jumlah duit yang terkumpul dan asingkan 2.5% dengan tujuan niat untuk berzakat.

Asingkan Untuk Bersedekah

Asingkan juga 10% dengan tujuan niat untuk bersedekah. Dermakanlah kepada anak yatim piatu atau ibu tunggal yang susah. Perbuatan ini mengurniakan keberkatan dalam setiap perkara yang kita hajatkan. Barulah urusan dapat dipermudahkan.

Ganjaran Untuk Diri Sendiri

Ganjaran ni penting. Berikanlah ganjaran atau hadiah atas usaha kita menabung. Inilah caranya untuk meningkatkan nilai movitasi diri supaya terus menabung. Jangan kejam dengan diri sendiri. Kita ni umpama bos kepada diri kita. Kalau kita suka dengan kerja pekerja kita mesti kita bagi hadiahkan?

Laburkan Kepada Emas

Pelaburan emas ni terpulang kepada semua. Menyimpan ni ada batasan terhadap nilai. Jika perlaburan yang rendah risiko kita boleh gandakan nilai simpanan kita. Tentu sekali kita boleh alami kerugian , tapi dengan belajar asas pelaburan yang baik dapat mengurangkan risiko kerugian dan lebihkan keuntungan. Apalah merugikan pun. Emas ni aset seperti rumah. Harganya turun naik. Jika diperam, sampai satu masa juallah. Pasti anda akan bahagia dengan keuntungan.

Ajarlah diri anda menabung. Semaikan juga kepada anak anak. Menyimpan wang adalah tindakan untuk masa depan yang gemilang.

Leave a Comment