Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kuala Lumpur: Kerajaan perlu segerakan keputusan membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 (one-off) kepada rakyat yang memerlukan.
Menurut kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya, Menteri Kewangan perlu mensegerakan keputusan supaya membenarkan pengeluaran tuntutan rakyat ini tanpa perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022.
Walaupun sebelum ini terdapat bayangan keputusan pengeluaran ini dijangka akan dimumumkan pada pembentangan Bajet 2022,
majoriti rakyat terdesak dan memerlukan bantuan kewangan secepat mungkin.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Timbalan Menteri Kewangan II, YB Yamani Hafez Musa juga berkata pertimbangan tersebut akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas.
Menurut Asyraf Wajdi, pengeluaran i-Citra RM10,000 merupakan jaringan keselamatan jangka pendek agar rakyat dapat bernafas dalam keadaan pandemik sebelum memulakan kehidupan baru selepas ini.
Ruangan komen di Facebook Dr Asyraf Wajdi dibanjiri dengan netizen yang bersetuju supaya cadangan ini dipercepatkan.
Dan rakyat rata-rata mengharapkan pengeluaran RM10,000 disegerakan bagi tujuan kelangsungan hidup seperti membayar hutang, memulakan perniagaan baharu dan pelbagai lagi.