Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Nampaknya tahun 2022 akan muncul tak lama beberapa hari lagi. Apa agaknya azam anda semua.
Semoga tahun hadapan kehidupan kita menjadi lebih baik.
Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan yang boleh dimohon pada tahun depan yang menyasarkan golongan B40 dan M40.
Dibawah ialah senarai bantuan yang akan dilaksanakan dan boleh dimohon oleh golongan sasaran.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM adalah sebuah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kepada golongan Miskin, B40 dan M40 mengikut ketetapan masing-masing. Ini adalah jumlah banyaran bantuan:
-
- Isi rumah (<RM2,500): RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000): RM400 – RM800
- Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000): RM500 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000): RM300 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000): RM600
- Bujang (<RM2,500): RM350
2. Bantuan e-dompet RM150
Bagi meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai, pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan e-dompet yang dikenali sebagai eStart.
Melalui bantuan ini, belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima RM150 yang akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia.
3. Skim Jaminan Kredit Perumahan
Bagi menyediakan akses pembiayaan membeli rumah kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan, kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.
Skim ini akan dimanfaatkan oleh mereka dari kalangan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.
4. Diskaun bayaran PTPTN
Bagi menggalakkan pembayaran dan membantu para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
-
- Diskaun 15% – Pembayaran penuh baki hutang pinjaman;
- Diskaun 12% – Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
- Diskaun 10% – Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
5. Bantuan Awal Persekolahan RM150
Untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, pihak kerajaan memperkenalkan Bantuan Awal Persekolah bernilai RM150 kepada setiap pelajar yang layak. Bayaran ini juga akan diberikan secara sekali bayar atau ‘one-off’.