PSU 4.0 : Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja di Malaysia

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Semasa pembentangan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan lagi Program Subsidi Upah (PSU) yang telah dilaksanakan sebelum ini dengan melaksanakan PSU 4.0.

Pelaksanaan ini adalah selama 4 bulan, setelah PSU 3.0 ditutup pada 30 Jun 2021 yang lalu. 3 siri PSU ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM15 billion dan melibatkan 2.7 juta pekerja.

Bagi PSU 4.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.8 billion yang dijangka mensasarkan 242,000 majikan dan memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja di Malaysia.

Program ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh empat (4) bulan bermula 1 Ogos 2021.

Kerajaan juga ada mengumumkan pengeluaran i-Citra KWSP sebanyak RM5,000

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan

PSU 4.0

Apa itu Program Subsidi Upah?

PSU ialah program bantuan kewangan oleh kerajaan yang dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan yang beragji RM4,000 dan ke bawah.

Tujuan pelaksanaan PSU adalah bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar mereka dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan mereka membuang pekerja.

Namun, bagi pelaksanaan PSU 4.0, syarat pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah telah dimansuhkan.

Hal ini bermaksud, majikan boleh memohon inisiatif ini walaupun gaji pekerja tersebut melebihi RM4,000.

Jumlah Kadar Bayaran

    • Kadar bayaran adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh majikan adalah seperti berikut:

    1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
    2. Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
    3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.

Namun, jika terdapat syarat tambahan, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Para majikan yang ingit membuat permohonan PSU 4.0 boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

    1. Layari portal https://prihatin.perkeso.gov.my/
    2. Klik pada ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
    3. Klik butang ‘Permohonan Baru’.
    4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya’.
    5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
    6. Muat naik dokumen sokongan.
    7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar’.

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi permohonan PSU 4.0 adalah seperti berikut:

    1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
    2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
    3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan pastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
    4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan.
    5. Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai PSU 4.0, anda diminta untuk menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300 22 8000.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×