Program Vaksinasi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Secara Walk-In
Berita baik buat 200,000 orang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih belum divaksin. Vaksinasi boleh dilakukan secara ‘walk-in’ di pusat pemberian vaksin (PPV) sahaja. Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) telah mengumumkan pada 8 September 2021 yang lalu.
Vaksinasi untuk pelajar IPT adalah sangat kritikal supaya dapat membentuk imuniti kelompok & komuniti sosial yang selamat semasa pengajian di kampus.
Bagaimanakah Cara Dapatkan Vaksinasi Walk-In Pelajar IPT?
Berikut adalah cara untuk mendapatkan vaksin bagi pelajar IPT secara walk-in :
- Pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan & kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan.
- Bagi pelajar baharu, sila kemukakan surat tawaran kemasukan & kad pengenalan untuk maksud tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkainan pemberian vaksinasi IPT, boleh rujuk laman Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)
Maklumat terkini & sahih melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ atau Facebook JKJAV https://www.facebook.com/jkjavmy
Telefon : 1-800-88-8828