Program SAVE 2.0 Shopee | Tebus Baucer Barangan Elektrik RM200

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Tebus Baucer Barangan Elektrik anda sekarang!

Program SAVE 2.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah berhajat untuk memiliki penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Pembelian boleh dibuat melalui laman web dan applikasi Shopee dan Lazada.

Sekarang sudah tercapai hajat yang diingini, jadi mari ikut kami kongsikan langkah untuk tebus

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Sebelum itu, baca senarai aircond dan peti sejuk yang menyediakan diskaun sehingga 50% pada harga bermula dari RM500 sahaja di Shopee (klik di sini untuk lihat senarai penuh).

Manakala Lazada, ini senarai penuh mengikut jenama pilihan di sini.

 

Buat makluman anda, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.

Program ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.

Program SAVE 2.0 ini juga dilaksanakan dengan kerjasama antara Suruhanjaya Tenaga dan Shoope.

Apakah Objektif Pelaksanaan Program SAVE 2.0?

    • Untuk tingkatkan kesedaran orang awam bagi membeli kelengkapan elektrik yang cekap tenaga terutamanya pengguna domestik.
    • Untuk tingkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran.

Apakah Syarat Kelayakan?

Program SAVE 2.0 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.
  3. e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
  4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa dahulu dia dapat).

Bagaimana Cara Mendaftar?

Untuk mendaftar dan mendapatkan e-Rebat menerusi Program SAVE 2.0 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik link ini https://shp.ee/my99npj
  2. Kemudian klik link berikut https://shopee.com.my/m/program-save.
  3. Anda akan menerima paparan pendaftaran seperti di bawah:

3. Isi semua maklumat yang diperlukan merangkumi:
No. Bil Elektrik
– No. Kad Pengenalan
– Nama Penuh
4. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
5. Klik Butang ‘Submit’.
6. Anda akan menerima bancar sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.

Maklumat Lanjut

Sebarang kecelaruan mengenai Program SAVE 2.0, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×