Salah satu daripada pakej bantuan daripada PEMERKASA ini kurang mendapat perhatian sedang ia banyak membantu mengurangkan kos sara hidup bagi semua golongan terutama sekali untuk miskin bandar. Program bantuan barangan dapur ini diagihkan secara cashless ataupun tanpa tunai dan hanya dengan MyKad dan dijangka memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Bagaimana Kaedah Pelaksanaan Program Prihatin Kasih?
Program Prihatin Kasih dilaksanakan dengan kemasukan / pengkreditan elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan (RM300) ke dalam Mykad mereka yang layak.
Wang tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan makanan penting di kedai runcit atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam program ini dengan membuat pembayaran menggunakan Mykad masing-masing.
Sila semak senarai kedai runcit dan pasaraya yang terlibat di pautan ini KLIK SINI
Bulan Pelaksanaan Program Prihatin Kasih
Program Prihatin Kasih dijalankan secara berperingkat di setiap negeri. Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai pelaksanaan pada bulan Julai lalu manakala beberapa negeri lain telah melalui bulan terakhir pelaksanaan iaitu negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu.
Bagi Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pula akan bermula pada bulan September hingga November 2021 atau Oktober hingga Disember 2021.
Apakah Kelayakan Bantuan RM300 Pembelian Barangan Dapur?
Setiap data JKM akan disemak silang dengan data BPR. Mereka layak untuk terima Bantuan PRIHATIN Kasih ini sekiranya melepasi syarat,
Maka itu, tak perlu memohon. Penerima bantuan akan terima pesanan SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Sila buat semakan status kelayakan Program Prihatin kasih secara online di pautan ini KLIK DISINI
Anda boleh rujuk cara-cara membuat semakan kelayakan seperti di bawah:
-
- Sila layari laman web MyKasih KLIK DISINI
- Sila isi nombor kad pengenalan anda
- Sila masukkan kod Captcha (kod keselamatan) yang dipaparkan
- Status anda akan dipaparkan pada skrin
Anda akan terima sms dari MyKasih sekiranya layak untuk mengesahkan status sebagai penerima manfaat program ini.
Soalan Lazim
Siapakah penerima PRIHATIN Kasih yang Layak?
-
- Penerima bantuan di bawah program PRIHATIN Kasih TELAH PUN DIPILIH dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.
Perlukah saya membuat permohonan PRIHATIN Kasih?
-
- Penerima telahpun dikenalpasti dari senarai yang sudah terdaftar di pangkalan data kerajaan. Oleh itu, Tak Perlu membuat Permohonan.
*Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Program Prihatin Kasih, sila tekan pada pautan ini KLIK DI SINI
Di bawah adalah kenyataan media tentang Bantuan Prihatin Kasih.