Program Perumahan 2022 Untuk Bergaji Tidak Tetap | BSN MyHome

Proses membeli rumah amat merumitkan. Secara ringkasnya, ramai diantara kita memerlukan dana pinjaman membeli rumah kerana siapa yang mampu berbelanja wang sebesar RM100K dan ke atas sekaligus. Melainkan si pembeli memiliki harta kekayaan yang melimpah-limpah dan tak habis ditelan masa.

Mahu atau tidak, demi memiliki aset atau tempat berteduh, terpaksalah sesiapapun memohon pinjaman dari bank. Tapi bukan mudah. Ada banyak jaminan yang dituntut pihak bank terhdapa kredibiliti pemohon agar mereka diyakini mampu dan berdisiplin membayar semula hutang pinjaman.

Sekaligus mencabar golongan yang bekerja sendiri yang tentu sekali mempunyai pendapatan tidak tetap dan tidak mempunyai slip gaji.  Mujur terdapat skim program perumahan yang mampu milik yang disediakan oleh BSN.

Kerjasama kerajaan dan BSN memfokuskan agar lebih ramai memiliki aset tempat tinggal terutama bagi golongan B40.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

 

 

Apa Itu BSN MyHome?

BSN MyHome ialah program pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional Malaysia (BSN) untuk membantu penduduk Rakyat Malaysia yang bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan tidak tetap untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Apakah Syarat Kelayakkan Memohon BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)?

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur diantara 18 tahun hingga 60 tahun semasa memohon Skim ini.
    • Individu perseorangan (bukan memohon bersama pasangan)
    • Bukti Bekerja Sendiri
    • Pendapatan Minimum RM1000 Sebulan
    • Untuk kewangan rumah pertama dan sendiri sahaja
    • Pinjaman untuk rumah kos rendah atau sederhana sahaja
    • Tidak memohon dengan insitusi kewangan yang lain
    • Pemegang Akaun BSN Giro/ BSN Giro-i

Apakah Faedah & Kelebihan Memohon BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)?

  • Jumlah pinjaman daripada RM25,000 sehingga RM300,000
  • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.
  • Margin pinjaman dibolehkan sehingga 100 % termasuk insurans MRTA/MRTT dan LTHOT
  • Dibawah ialah faedah mengikut tahun;
Loan Amount (RM) Tenure (Years) Effective Interest Rate (EIR)
Completed Property Under Construction Property
RM100,000 and below Whole tenure BR + 3.00% BR + 3.00%
>RM100,000 to RM300,000 1-2 BR + 1.20% BR + 0.95%
Thereafter BR + 1.20%

Berapakah Jumlah Wang Perlu Dibayar Setiap Bulan?

Anda digalakkan untuk mengunakan BSN Housing Loan Calculator untuk menentukan jumlah bayaran ansuran yang dikenakan. Boleh juga untuk mengira Caj Bayaran Lewat;

LATE PAYMENT CHARGES (LPC)

Apakah Yuran & Caj Untuk BSN MyHome ?

  • Stamp duty – As per the Stamp Act 1949 (Revised 1989).
    • Principal Documents – Dicaj secara asas ad valorem
    • Other Documents – RM 10.00
  • MRTA fee – 5% from the total loan amount
  • Valuation fee – Lebih Dari RM100
  • Disbursement fee – RM100 ( Berbeza mengikut properti)
  • Transfer of ownership title fee – Lebih dari RM100
  • Processing fee –  Tiada

Bagaimana Untuk Memohon BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) ?

Anda boleh melawatkan cawangan BSN atau  muat turun borang  dari laman web rasmi.

Source: BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)

Leave a Comment