Program MamaKerja : Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja ~ Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Kerajaan negeri Selangor akan memberi insentif sebanyak RM1,000 kepada wanita yang bekerja di negeri tersebut.

Program Mamakerja 2023 merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu meringankan beban dalam kos penjagaan anak bagi wanita bekerja.

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Program Mamakerja 2023 adalah salah satu daripada janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif bernilai RM1,000, dengan jumlah peruntukan RM5 juta.

Insentif ini direka untuk membantu meringankan beban penjagaan kanak-kanak bagi wanita yang bekerja sambil memberi mereka peluang untuk menghantar anak mereka ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti tinggi.

Syarat Kelayakan Permohonan Insentif RM1000

Antara kriteria-kriteria individu yang layak menerima insentif ini adalah:

  • Wanita bekerja dan mempunyai majikan.
  • Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah.
  • Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan bagi sektor kerajaan)
  • Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.

Cara Permohonan Insentif RM1000

  • Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di atas.
  • Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Mamakerja boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Aplikasi Selangkah atau pemohon juga boleh tekan pada pautan dibawah
  • Pemohon kemudiannya perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut:
    1. Kad Pengenalan pemohon.
      • Kad Pengenalan pasangan,
    2. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat.
    3. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini.
    4. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada penyata gaji.
    5. Salinan penyata bank pemohon.
    6. Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA atau penyata EC.
    7. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
  • Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.
  • Penyaluran insentif pula akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini di dalam sistem.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini, anda boleh merujuk Portal Rasmi Program Mamakerja atau anda juga boleh hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Join Group Telegram (B40 Sahaja)

Leave a Comment