Program PRIHATIN Kasih : RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Program PRIHATIN Kasih telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pakej rangsangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) untuk memberi bantuan menolong rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk makluman, Program PRIHATIN Kasih merupakan inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh yayasan Hasanah.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan program ini yang dijangkan bakala memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan

prihatin kasih

Program PRIHATIN Kasih

Program ini adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Mereka yang layak menerima bantuan akan diberi elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad masing-masing.

Elaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya.

Lokasi Pembelian

Para penerima boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti di:

    • Mydin
    • Giant
    • Econsave
    • The Store
    • Pacific
    • Milimewa
    • 99 Speedmart
    • Lotus Stores (Tesco)
    • Kedai runcit yang terpilih

Bagi anda yang ingin mendapatkan bantuan makanan, anda juga boleh memohon Bantuan Bakul Makanan secara percuma.

Semakan Kelayakan Bantuan Prihatin Kasih

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut:

    1. Layari laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
    2. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan lengkapkan Captcha.
    3. Klik butang ‘Semak Status’.
    4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan.
    5. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
    6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Baca Juga: Tarikh Bayaran i-Citra KWSP (Bayaran Bermula Ogos 2021)

Kenyataan Rasmi

prihatin kasih

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari lama web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×