Permohonan PraSekolah 2023 Online E-PraSekolah
Pendidikan Prasekolah adalah sebuah program pendidikan yang menyediakan pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak diantara 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum ke Tahun Satu.
Pendidikan prasekolah juga bertujuan bagi menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah.
Berdasarkan makluman dari Portal Rasmi KPM, permohonan Prasekolah KPM untuk sesi persekolahan tahun 2023 akan dibuka pada 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022 (Online)
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Syarat Kelayakan Memohon PraSekolah KPM
-
- Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
- Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 15 Januari 2019
- Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
Cara Membuat Pendaftaran PraSekolah KPM 2023 Secara Online Melalui Aplikasi e-Prasekolah Atau Manual
Ibubapa boleh mendaftar kemasukan anak mereka ke PraSekolah 2023 secara atas talian di E-Prasekolah atau memohon secara manual melalui sekolah yang dimohon. Dibawah ialah bagaimana untuk mendaftar.
i) E-Prasekolah Online
Kaedah pertama permohonan adalah melalui pendaftaran secara atas talian. Permohonan boleh mengakses laman sesawang ePraSekolah melalui pautan berikut :-
-
- Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu
- Applikasi Permohonan : https://eprasekolah.moe.gov.my
- Manual Pengguna : E-Prasekolah Ibu Bapa
ii) Permohonan Prasekolah Secara Manual
-
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 30 April 2022.
Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan perlu lengkap diisi dan dibawa bersama dokumen-dokumen berkaitan untuk dihantar ke sekolah.
Makluman
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran
- Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2022
- Ibu bapa/ penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 30 April 2022
Murid Prasekolah ( Pendidikan Khas)
- Borang harus disertakan bersama borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan
- Surat penempatan oleh JPN/ PPW/ PPD
- Pengesahan dan pendaftaran
Status Keputusan PraSekolah 2023 Online
Semakan status permohonan/ keputusan Prasekolah tahun 2023 boleh dibuat secara online pada 5 Ogos 2022.
Tinggal klik ke Semak Permohonan di ruangan Laman Pengguna.
Jika permohonan berjaya, sila cetak surat tawaran untuk diserahkan kepada sekolah pada hari pendaftaran. Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang Rayuan Permohonan pada 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022.
Moga ibu bapa dan penjaga dipermudahkan urusan bagi melancarkan kemasukkan anak-anak ke sekolah.