Pinjaman Rumah Suami Isteri, Siapa Bayar Jika Bercerai?
Sebelum kahwin lagi ramai sudah tertanya, bagaimana tentang pinjaman perumahan apabila sudah berumahtangga? Mempunyai rumah bersama pasangan sememangnya bahagia. Cuma apa yang membingungkan siapa yang akan bayar pinjaman rumah tersebut.
Namun masalah tersebut boleh diselesaikan melalui perbincangan atau menurut undang-undang.
Perpisahan boleh berlaku dengan kematian atau perceraian. Apabila perpisahan berlaku, konflik tuntutan harta sepencarian akan berlaku.
Masalah tuntutan harta sepencarian ini sangat rumit jika berkaitan dengan pasangan yang bercerai.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Pinjaman Individu
Hartanah yang hanya seorang pemilik sahaja yang meminjam, tapi tak bermakna penama tersebut yang berhak mendapatkannya.
Oleh itu, hanya seorang yang terdapat dalam geran tersebut, tapi kedua-dua pihak berhak untuk pemilikan ke atas harta tersebut. Ramai yang tidak berpuas hati terutamanya bagi pihak peminjam.
Walaupun kita tahu bahawa penama tersebut yang membayarnya, namun dalam undang-undang harta itu haruslah dibahagikan sama rata terhadap bekas pasangan. Mengikut rekod, terdapat 90 peratus pasangan yang bercerai menjual harta yang dimiliki kemudiannya mendapatkan kesemua wang jualan tersebut.
Namun begitu cara tersebut adalah salah. Ini kerana walaupun pasangan itu tidak buat pinjaman tetapi namanya ada dalam geran maka beliau berhak secara sah ke atas harta tersebut.
Rela ataupun tidak , hasil jualan rumah tersebut wajib dibahagikan sama rata dengan pasangan walaupun peminjamnya seorang sahaja.
Peminjam Bersama
Sebarang hartanah yang kedua-duanya adalah peminjam maka mereka berdua juga berhak ke atas hartanah tersebut. Pembahagian haruslah dibuat secara sama rata.
Jarang timbul masalah rumit setelah berlaku penceraian sekiranya pemilik harta tersebut adalah peminjam bersama kerana kedua-dua pihak membuat pinjaman bersama.
Walaubagaimana pun, konflik boleh berlaku jika salah seorang daripada mereka meminjam lebih daripada bekas pasangannya.
Harga sebuah rumah adalah RM 600,000. Bekas suami telah meminjam sebanyak RM 400,000 dan bekas isteri pula meminjam sebanyak RM 200,000.
Melalui mata kasar, pinjaman bekas suami adalah lebih tinggi daripada pinjaman bekas isteri dan secara logiknya bekas suami akan mendapat lebih banyak pendapatan daripada hasil jualan tersebut.
Namun menurut undang-undang, harta penjualan rumah itu harus lah diagihkan secara sama rata tanpa mengira jumlah pinjaman pasangan masing-masing. Undang undang ini ialah undang-undang Malaysia di bawah Seksyen 76 (1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.
Kebanyakan pasangan akan menjual rumah tersebut daripada menentukan siapa yang bayar kerana akan mendatangkan ketidakpuas hati. Segelintir pihak yang membeli bahagian hak pasangan mereka dan dibiaya mengikut kemampuan pemiliknya.
Oleh itu, semasa membuat pinjaman perumahan, anda dinasihatkan untuk pastikan anda buat surat perjanjian pemilikan bersama untuk elakkan berlakunya sebarang konflik sekiranya berlaku perceraian.