Permohonan Rumah PPRT 2023 Kini Dibuka – Mohon Online

Permohonan Rumah PPRT 2023 Kini Dibuka - Mohon Online
Permohonan Rumah PPRT 2023 Kini Dibuka – Mohon Online

Terdapat pelbagai bantuan yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023 ini. Hal ini adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan. Adakah anda tahu bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan sebuah Program Perumahan Rakyat Termiskin atau dikenali sebagai PPRT.

Program yang dilaksanakan ini mensasarkan terhadap golongan yang ingin membaik pulih atau membina rumah yang baharu untuk diduduki dan memerlukan bantuan.

PENGENALAN PPRT

Objektif utama bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga yang miskin dan miskin tegar dengan cara membina atau membaikpulih rumah untuk menyediakan rumah yang selamat dan selesa bagi pertumbuhan sesebuah keluarga.

BANTUAN PPRT

Berikut adalah permohonan bantuan PPRT yang lebih diutamakan:

  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil.
  • Orang Kelainan Upaya – OKU.
  • Warga Emas.

JENIS KATEGORI RUMAH PPRT

Berikut adalah 2 kategori yang disediakan dalam Program PPRT ini:

1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Requisition
  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di baiki.
    Mendapatkan surat kebenaran untuk kes yang menumpang tapak tanah dari pemilik.

2) Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah yang didiami atau rumah sendiri sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT 2023 – SECARA ONLINE / ATAS TALIAN

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang tertera dan ingin membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini, berikut adalah langkah yang telah disediakan:

  • Anda diminta untuk melayari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian, tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama.
  • Seterusnya, sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan.
  • Setelah lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”.

atau

Anda boleh melakukan permohonan secara manual – BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin bagi tahun 2023, anda boleh menghubungi pihak yang berikut:

  • Talian Khas : 03 8000 8000
  • E-mel : info@ruralink.gov.my

Leave a Comment