Permohonan Rayuan BPR: Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Permohonan rayuan BPR bagi Fasa 2 kini boleh dibuat bermula pada 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

Ada di kalangan rakyat yang amat kecewa dan hairan dengan keputusan semakan BPR yang keluar baru-baru ini. Hal ini kerana terdapat segelintir rakyat di mana BPR Fasa 1 mereka lulus manakala bagi BPR Fasa 2 tidak lulus.

Kami dari Portal Info akan mengkongsikan kepada pembaca perincian penuh mengenai rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ini.

Punca BPR Fasa 2 Tidak Lulus

Menurut sumber daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelayakan seseorang untuk menerima BPR berdasarkan semakan verifikasi yang telah disahkan oleh badan-badan kerajaan untuk meluluskannya.

Penerima perlu layak dan tepati syarat-syarat yang ditetapkan dan permohonan perlulah dibuat sebelum tarikh tutup.

Berikut adalah antara sebab dan alasan mengapa BPR Fasa 2 anda TIDAK LULUS:

  • 05 – Perlu pengesahan pada maklumat pengenalan pasangan anda.
  • 12 – Pemohon adalah Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
  • 36 – Pemohon atau pasangan anda merupakan penerima GKP.
  • 31 – Perlu pengesahan status perkahwinan.
  • 39 – Pendapatan isi rumah ada melebihi pendapatan kelayakan yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui kod-kod TIDAK LULUS yang lain, sila layari: FAQ LHDN

Mohon Juga: Cara Permohonan RM300 One-Off Untuk Ibu Tunggal

Tarikh Rayuan BPR Fasa Kedua

Jika anda dapati bahawa kod alasan anda salah dan tidak munasabah, anda boleh membuat rayuan kepada LHDN pada 15 Jun ini sehingga 30 Jun 2021.

Anda berhak untuk membuat rayuan dan dapatkan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan ini.

Berapakah Jumlah Bantuan Yang Anda Akan Dapat Jika Anda Lulus Rayuan BPR?

Berikut adalah jumlah yang bakal anda terima jika permohonan rayuan anda lulus:

a) Kategori Isi Rumah < RM2,500

  • 0-1 anak: Fasa 2 (RM400) + Tambahan (RM500) + Fasa 3 (RM500) = RM1,400
  • 2 anak ke atas: Fasa 2 (RM400) + Tambahan (RM500) + Fasa 3 (RM1,100) = RM2,000

b) Kategori Isi Rumah > RM2,500 – RM4,000

  • 0-1 anak: Fasa 2 (RM300) + Tambahan (RM300) + Fasa 3 (RM200) = RM800
  • 2 anak ke atas: Fasa 2 (RM300) + Tambahan (RM300) + Fasa 3 (RM600) = RM1,200

c) Kategori Isi Rumah > RM4,000 – RM5,000

  • 0-1 anak: Fasa 2 (RM100) + Tambahan (RM300) + Fasa 3 (RM100) = RM500
  • 2 anak ke atas: Fasa 2 (RM250) + Tambahan (RM300) + Fasa 3 (RM200) = RM750

Rayuan BPR

Tatacara Membuat Permohonan Rayuan BPR

a) Permohonan Secara Online

  1. Login ke menu https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Pergi ke bahagian ‘Permohonan Rayuan’.
  3. Sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus anda.

b) Permohonan Secara Manual

  1. Isi borang rayuan MyBPR 2021: Klik Sini
  2. Hantarkan ke Cawangan / UTC / Pusat Khidmat Hasil LHDNM yang berdekatan secara temu janji.
  3. Temu janji perlu dibuat secara dalam talian : Klik Sini.
  4. Atau hubungi LHDN di 1-800-88-2747.

Rayuan BPR

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan bantuan serta mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)

 

Leave a Comment