Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Makluman untuk ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2022 akan dibuka pada minggu ke-4 bulan Ogos 2021 ini.
Kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 ini mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.
Bagi pemohon yang memohon dibawah program Ulul Albab pula, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri agar dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Baca Juga: Bantuan Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia
Pengenalan Tentang MRSM
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Program Yang Ditawarkan Di MRSM
Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:
- Premier
- Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
- Ulul Albab
- Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
- IGCSE
- Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
- IB MYP (Middle Years Programme)
- Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
- Teknikal
- Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
- PKP (Program Khas Pendidikan)
- Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM
Permohonan MRSM 2022
Setiap tahun, MARA menjemput pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4. Keutamaan pengambilan pelajar diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar
Apakah Syarat Kemasukan Umum?
-
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah memohon atas talian (online).
- Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
- Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
- Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Lokasi MRSM
54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.
Bagaimana Cara Mohon MRSM 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4?
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan MRSM bagi calon yang bakal menduduki Tingkatan 1 pada tahun 2021.
-
- Pergi ke laman web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/
- Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI. - Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
- Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
- Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
- Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
- Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (
) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
- Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
- Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
-
- Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.
- Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
- UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.
- UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020.
- Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.
- Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.
Maklumat Lanjut
Sila layari portal MARA http://www.mara.gov.my
Talian utama: 03-261 32000
E-mel : pengambilanmrsm@mara.gov.my