Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Permohonan Guru DG41 ‘One-Off’ Mulai 7 Julai 2021 (18,702 Kekosongan)
Pada 20 Jun 2021 lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan satu sidang media berkenaan pengambilan khas guru secara ‘one-off’.
Pengambilan Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru.
Untuk makluman, sebanyak 18,702 kekosongan dibuka kepada rakyat Malaysia dan permohonan ini akan dibuka pada 7 Julai 2021 secara berperingkat.
Kepada anda yang berminat untuk menyandang jawatan sebagai seorang guru, inilah masanya!
Baca Juga: Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Dibuka, Mohon Sekarang!
Permohonan Guru DG41 ‘One-Off’ Online
Iklan dan permohonan jawatan kosong ini akan mula dibuka pada 7 julai 2021. Di mana permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian.
Kami dari Portal Info akan mengemaskini maklumat berkenaan permohonan ini pada channel telegram di sini: https://t.me/portalsemakan
Senarai Kekosongan Mata Pelajaran
Kekosongan mata pelajaran adalah seperti berikut:
1. Sekolah Rendah
-
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
2. Sekolah Menengah
-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Reka Bentuk & Teknologi
Bilakah Permohonan DG41 Guru ‘One-Off’ Bermula?
-
- Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021 melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidkan (SPP)
Berapakah Jumlah Kekosongan Dibuka?
-
- 18,702 Kekosongan
Info Tambahan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan ini, sila hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di talian:
-
- Urusan Pengambilan: 03-88893 4020 / 19