Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Langkah Ringkas Dapatkan Penyata Kewangan/Bank Statement BSN
Penyata kewangan ini penting bagi membolehkan penjual menilai prestasi kewangan anda sebelum pembelian atau permohonan anda diteruskan.
Penyata Kewangan Melalui Emel
Sekiranya anda mahukan bank statement anda dihantar terus ke alamat emel anda, caranya adalah seperti berikut:
-
- Buka aplikasi penghantaran SMS di telefon mudah alih anda.
- Taip seperti berikut:
- STMT No.KP Alamat Emel
- Contoh: STMT 990123051235 abc@gmail.com
- Hantar ke 66300
Kemudian, anda akan menerima penyata kewangan dari laman MyBSN, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu akaun dengan MyBSN.
Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut untuk memuat turun penyata kewangan BSN anda secara percuma:
-
- Layari laman web MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/
- Masukkan Username.
- Klik pada butang Login.
- Sahkan Security Image.
- Masukkan Password.
- Klik Account Overview.
- Klik E-Statement.
- Klik Account Name.
- Klik Transaction History.
- Klik Print.
Penyata Kewangan Melalui ATM
Anda boleh ke mesin ATM tersebut untuk mencetak penyata kewangan anda terus daripada mesin ATM tersebut.
Walau bagaimanapun, penyata kewangan yang dicetak adalah sekadar ringkas transaksi keluar masuk anda sahaja.
Sebarang kesukaran mendapatkan bank statement BSN, boleh terus berhubungi dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900.