Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Melalui pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah meneruskan inisiatif pengambilan pekerja iaitu di bawah naungan PERKESO yang juga dikenali sebagai PenjanaKerjaya 2.0 PERKESO 2021.
Untuk makluman, PenjanaKerjaya merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau nama lain iaitu PERKESO bagi memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan pengalaman bekerja.
Selain itu, program ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk meningkatkan kemahiran melalui on-the-job-training.
Baca Juga: i-Sinar: Pembayaran Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Segera!
Bermula sahaja 1 Januari 2021, setiap majikan yang memberikan gaji kepada golongan belia yang berumur 18 sehingga 30 tahun layak memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0.
Kami dari Portal Info ingin kongsikan kepada anda maklumat mengenai PenjanaKerjaya 2.0 seperti berikut:
Objektif Program
Tujuan program ini ditubuhkan adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran belia dalam pengalaman alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training, bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Insentif Perantisan
Insentif yang bakal diterima bagi majikan / perantis program ini seperti berikut:
- Bayaran sehingga RM1,000 kepada majikan yang akan mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan.
- Tempoh bayaran ini adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan sahaja.
- Gaji atau elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan hanya boleh memohon 1 kursus latihan sahaja untuk perantis dengan kos maksimum sebanyak RM4,000.
- Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan jika disediakan.
Kriteria Kelayakan
Antara kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi untuk menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Lepasan sekolah / graduan yang berumur 18-30 tahun.
- Calon yang masih menganggur & tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Calon mesti mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun.
Calon yang TIDAK LAYAK mendaftar:
- Pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (Intership).
- Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
- Bukan warganegara Malaysia.
Baca Juga: BPR 2021: Cara Tebus Baucar Tunai Fasa 2
Syarat Tambahan
- Syarikat perlulah berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal rasmi MYFutureJobs.
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini wajib mencarum dengan PERKESO.
- Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap.
Cara Permohonan Program PenjanaKerjaya 2.0
- Kepada majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web berikut: penjanakerjaya.perkeso.gov.my
- Bagi belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat anda untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal berikut: MyFutureJobs
Tarikh Permohonan
- Permohonan boleh dikemukan bermula 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO:
- Talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000
- ATAU e-mel kepada penjanakerjaya@perkeso.gov.my
Penafian
Semua yang portalinfo share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Bantuan RM1000 Kepada Golongan Belia Yang berumur 18-30 Tahun” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaj