Pengeluaran KWSP Sebanyak RM10K – RM50K : Secara Bersyarat Sudah Dibenarkan. Dalam Belanjawan 2024 Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Baca Juga :
Pengeluaran KWSP Bersyarat (FSA2)
Untuk Makluman anda, Kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Dengan adanya program FSA2 ini memboleahkan ahli KWSP yang mempunyai masalah kewangan boleh menyelesaikan sementara aliran tunai melalui pembiayaan peribadi. Simpanan ahli kekal dalam akaun 2 dan terus akan menerima dividen tahunan KWSP.
Jumlah Kelayakan Pengeluaran KWSP FSA2
Dibawah adalah infografik ringkas tentang syarat kelayakan pengeluaran wang simpanan KWSP :
Syarat Kelayakan
Dibawah merupakan syarat kelayakan pengeluaran KWSP:
- terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
- Warganegara Malaysia
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2 KWSP
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian. Permohonan dibuka mulai 7 April 2023.
Syarat Kelayakan
- Ahli KWSP mempunyai baki minimum dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
- Pembiayaan pengeluaran maksimum sehingga RM50,000 (Tertakluk pada baki akaun 2 KWSP)
- Tempoh bayaran balik adalah 10 tahun
- Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4 – 5 peratus faedah konvensional atau kadar keuntungan secara islamik.
Nota : Pihak KWSP akan membayar dividen dan prinsipal terkumpul dari akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank sebelum lebihan akan dipulang kepada ahli.
Bank Yang Menyediakan Kemudahan FSA2
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- MBSB Bank
- Pihak KWSP akan menambah bilangan bank yang akan mengambil bahagian.
Info Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
- Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/