Berita baik untuk semua. Kerajaan yang sebelum ini mengambil masa yang lama bagi mempertimbangkan sama ada membenarkan pengeluaran Wang KWSP RM10K ialah tindakan bijak atau pun tidak, telah mengambil keputusan untuk membenarkan.
Terdapat 3 jenis skim pengeluaran wang KWSP iaitu i-Lestari, i- Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion dan melibatkan 7.34 juta pencarum sejak penularan wabak melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan kajian, ramai keluarga Malaysia sedang bertarung untuk membetulkan ekonomi dan pendapatan isi rumah.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Pengeluaran KWSP RM10K
Setelah menjalankan kajian, meneliti dan mendengar keluhan rakyat kerajaan telah benarkan pengeluaran wang caruman KWSP.Oleh itu, Akhirnya pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 setelah keputusan ini diucapkan oleh PM pada tengahhari pada hari ini. Berita itu dikongsikan melalui siaran FB peribadinya .
Penjelasan penuh akan diucapkan oleh Menteri Kewangan dan Pihak KWSP tak lama lagi.
Keputusan Yang Sukar
Membuat keputusan ini bukanlah mudah kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan kerajaan percaya ini ialah jalan terbaik dalam mengimbangkan antara keperluan yang mendesak dengan simpanan masa depan.
Meskipun kerajaan telah membenarkan pengeluaran Wang KWSP RM10K, rakyat sangat dinasihatkan agar mengunakan wang simpanan mereka dengan hemah dan turut menyimpan bagi kepentingan masyarakat.
Perdana Menteri Ismail Sabri juga berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat pengeluaran, demi masa depan.
Sumber : FB PM Dato Seri Ismail Sabri
#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat