Pengeluaran i-Citra RM 10,000 Di Umumkan Dalam Bajet 2022 ? Apa Yang Anda Perlu Tahu

Pengeluaran i-Citra RM 10,000 Dalam Cadangan & Bakal Diumumkan Dalam Bajet 2022? 

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki iaitu pemuda Umno sentiasa perjuangkan isu KWSP rakyat.  Beliau sedar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sememangnya simpanan pada hari tua, tetapi bagi rakyat yang terkesan tuntutan pengeluaran RM 10,000 untuk i-Citra ialah sebuah tindakan yang diperlukan oleh rakyat yang terjejas dari sumber kewangan.

i-Sinar: KWSP Buat Pembayaran Pendahuluan RM 1,000 Kategori 2 – Denyut Nadi

Pandemik yang berlaku menyebabkan ramai rakyat sengsara dari ekonomi masing masing untuk membayar bil rumah sewa, bil air, bil elektrik serta lain-lain lagi.

Apatah lagi berkenaan keperluan dapur dan pembelajaran anak-anak yang masih bersekolah.

Walau bagaimanapun, kelompongan simpanan KWSP masih menjadi kebingungan semua orang. Ini merupakan isu yang dibincangkan Ketua Pegawai EKsekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada hari selasa lepas.

Cadangan terawal yang diutarakan ialah meningkatkan kadar caruman wajib bagi majikan untuk tempoh tertentu dan melebarkan caruman ‘mandatory coverage’ terutama kepada sektor informal seperti gig ekonomi.

Perdana Menteri Minta Menteri Kewangan Bertindak & Mengumumkan Dalam Bajet 2022

YAB Perdana Menteri mengatakan setiap isu yang dibangkitkan, haruslah diambil tindakan dan ada yang diumumkan dalam Bajet 2022 nanti. Permintaan tersebut adalah kepada Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul.

Menurut beliau “saya maklumkan juga kepada YAB PM bahawa harapan rakyat agar dapat disegerakan terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak,” jelas beliau.

Semoga pengeluaran i-Citra sehingga RM 10,000 akan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Bajet 2022 bulan hadapan.

Mari sama sama berdoa supaya permintaan ini dapat dilaksanakan.

10 Permintaan Rakyat Untuk Tambah Baik Bantuan Rakyat

Sebelum itu, rakyat menyuarakan beberapa permintaan supaya perlaksanaan inisiatif dapat ditambahbaik supaya lebih effisien. Antara 10 permintaannya ialah:

    • Segerakan bayaran BKC
    • Luluskan kategori permohonan BKC/BPR dan GKP
    • Permudahkan proses rayuan bantuan
    • Ambil kira M40
    • Tingkatkan jumlah bantuan BKC terutama kepada M40
    • Tambah baik i-Citra dengan pengeluaran secara lump-sum
    • Akses akaun 1 untuk pengeluaran i-Citra
    • Benarkan T20 dan M40 mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi untuk selesaikan masalah hutang
    • Moratorium tidak dikenakan faedah terakru
    • Bantuan khas kecemasan untuk peniaga yang kecil yang ramai gulung tikar

Berdasarkan 10 permintaan cuma beberapa sahaja yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan dan permintaan terhadap pengeluaran KWSP secara one-off pun belum diputuskan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa. pelbagai aspek akan diambil kira soal bantuan disalurkan kerajaan kepada kepada rakyat.

Leave a Comment