Pengeluaran Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Bermula Bulan Hadapan. Akaun 3 KWSP merupakan akaun fleksibel yang membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa, tidak seperti akaun 1 dan 2 sedia ada. Kini, walaupun sebelum pengumuman rasminya, terdapat laporan mengatakan pelaksanaannya akan bermula seawal bulan Mei.
Akauan 3 KWSP
Berdasarkan laporan NST, caruman tersebut dijangka akan disalurkan ke Akaun 3 seawal bulan Mei dan berikutnya. Akaun 3 tersebut akan dimulakan dengan baki kosong dan akan melibatkan 10% daripada caruman bulanan pada masa hadapan. Dengan sistem baharu yang telah distrukturkan semula, Akaun 1 akan menerima 75% daripada caruman bulanan manakala 15% pula untuk Akaun 2.
Buat masa sekarang, caruman bulanan KWSP dipecahkan kepada 70% kepada Akaun 1 dan 30% kepada Akaun 2. Akaun 1 hanya boleh diakses selepas persaraan, manakala Akaun 2 pula boleh diakses bagi keperluan pendidikan, kesihatan dan perumahan. Ini berbeza dengan Akaun 3 yang menyediakan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa seperti akaun simpanan.
Baca juga Disini –> Bantuan Sara Hidup RM300 Disalurkan Setiap Bulan
Bayaran Akaun 3 KWSP
Berdasarkan laporan akhbar NST, caruman dijangka akan disalurkan ke dalam akaun 3 seawal bulan hadapan iaitu mei hingga Ogos. Akaun tersebut akan dimulakan dengan berbaki kosong (0) dan melibatkan 10% daripada caruman bulanan.
Dalam sistem baharu yang akan distrukturkan semula, simpanan akaun 1 akan menerima 75% dari caruman bulanan. Manakala simpanan akaun 2 pada kadar 15% dan akaun 3 sebanyak 10% dan ini sangat memberi kemudahan kepada para ahli KWSP.
Struktur akaun KWSP baharu seperti berikut :
- Akaun 1 (Persaraan) – 75 peratus
- Akaun 2 (Sejahtera) – 15 peratus
- Akaun 3 (Flesibel) – 10 peratus
Dengan adanya akaun 3 ini dapat menyediakan fleksibiliti, dimana pengguna boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa terutama waktu kecemasan. Para pencarum KWSP diberi masa bermula 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 untuk pilih jumlah permulaan dalam akaun 3.
Pindahan dana daripada akaun 2 boleh dilakukan ke dalam akaun 3 dan baki akaun tersebut akan bermula dengan kosong jika ahli memilih untuk tidak sertai untuk jumlah permulaan.
Maklumat Lanjut
- Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024
- Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Hotline : 03-8922 6000