Pengecualiaan Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan Persendirian Sehingga 31 Julai 2021

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Info Pengecualian Pembaharuan Lesen

Kerajaan telah melanjutkan pengecualian pembaharuan Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

Kini semua rakyat Malaysia tidak perlu bimbang untuk memperbaharui lesen dan roadtax anda. Bermula sahaja PKP 3.0 baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Wee Ka Siong, telah mengumumkan pelanjutan inisiatif kelonggaran pembaharuan lesen memandu & roadtax susulan ‘Total Lockdown’ fasa pertama ini.

Menurut kenyataan rasmi dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), kerajaan akan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor Persendirian (LKM) berkuatkuasa 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

Portal Info ingin berkongsi pengecualian Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

Baca Juga: BPR Tambahan & Moratorium Automatik

Pengecualiaan Pembaharuan Lesen

Pengecualian Pembaharuan LMM & LKM Persendirian 1 Jun Hingga 31 Julai 2021

Untuk makluman, pemberian ini diberikan susulan ‘Total Lockdown’ PKP 3.0 yang dilaksanakan bagi membendung serta menurunkan kes COVID-19 di negara kita ini. Justeru, inisiatif ini bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dan tidak dapat keluar bekerja (sektor bukan perkhidmatan perlu) susulan semua digalakkan berada di rumah jika tiada urusan di luar.

Walau bagaimanapun, para pemandu diingatkan agar memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans (pembelian atas talian) yang sah serta menunjukkan sijil perlindungan atau e-cover note insurans mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

Baca Juga: Pembayaran Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Segera!

Ingin diingatkan juga bahawa pemegang lesen memandu dan roadtax kenderaan yang telah atau bakal tamat tempoh haruslah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan iaitu 1 Ogos sehingga 30 September 2021.

Pengecualian tersebut turut diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL & PSV). Jika sebelum ini tidak termasuk dalam senarai, tetapi pada kali ini i dimasukkan sekali.

Penafian – Semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sumber

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×