Kekosongan Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat | Minimum SPM & Tutup 2 Januari
KEMAS
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”.
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
1. Pembantu Pembangunan Masyarakat GRED S19
Apakah Syarat Kelayakkan Memohon ?
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(d) Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(e) Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan;
(f) Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan;
(g) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
Bagaimana Cara Memohon?
(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my mulai 13 Disember 2021 (Isnin)
(b) Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja.
(c) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
(d) Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.
Nota Penting
(a) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
(b) Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Januari 2022 (Ahad)