Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Satu pengumuman mengenai pakej bantuan PEMERKASA Plus telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umum tahu bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat keputusan untuk melaksanakan ‘Total Lockdown’ di seluruh negara bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun dengan tujuan membendung wabak COVID-19.
Semasa pembentangan pakej bantuan PEMERKASA Plus, Perdana Menteri telah pun mengumumkan beberapa inisiatif dengan tujuan meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan ‘Total Lockdown’ (PKP 3.0).
Baca Juga: Pembayaran Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Segera!
Intipati Bantuan PEMERKASA Plus
Perdana Menteri telah merangka beberapa pelan serta bantuan yang akan diberikan kepada rakyat B40 & M40 yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0
Berikut Portal Info kongsikan kepada anda intipati bantuan PKP 3.0:
- Peruntukan sebanyak RM450 bagi meningkatkan kapasiti katil
- Perbelanjaan sebanyak RM550 juta untuk menangani wabak
- Lantikan sebanyak 14,500 pekerja kontrak petugas kesihatan
- Mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia
- Peruntukan RM2.0 billion untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan
- BPR Tambahan sebanyak RM100 – RM500 pada Jun
- Bantuan Moratorium & pembayaran balik kepada B40, hilang pekerjaan & PKS terjejas pada bulan Jun
- Moratorium automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
- Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah menjadi RM1,500
- Rayuan tangguh pengenaan penalti LHDN
- Pengecualian bayaran lewat lesen bagi golongan yang terjejas
- Diskaun Bil Elektrik 10% kepada 6 sektor: Tambahan 3 bulan (Julai – September 2021)
- Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
- Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan (SST)
- Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan
- Lanjutan Program Subsidi Upah selama setahun
BPR Tambahan PEMERKASA Plus
Antara intipati yang menarik adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa jumlah yang akan diberikan ialah sehingga RM500. Berikut merupakan golongan yang bakal menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan:
1. Isi Rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Bantuan tambahan sebanyak RM500
2. Isi Rumah yang berpendapatan RM2,501 – RM4,000
- Bantuan tambahan sebanyak RM300
3. Isi Rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM5,000
- Bantuan tambahan sebanyak RM300
4. Bujang
- Bantuan tambahan berjumlah RM100
Tarikh Bayaran BPR Tambahan
Insentif BPR Tambahan ini akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing bermula Jun depan.
Buat masa sekarang masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kami dari Portal Info akan kemaskini dari semasa ke semasa.
Ingin dapatkan informasi mengenai bantuan kerajaan, jom join telegram Info Bantuan Kerajaan di sini.