Bantuan STR Fasa 4 mula dikreditkan secara berperingkat mengikut bank penerima
Kementerian atau Jabatan Kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif berdasarkan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
STR Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang meliputi keluarga, isi rumah, warga emas dan bujang.
Pembayaran bagi Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai dikreditkan kepada penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.
Untuk pembayaran STR Fasa 4 pula, berikut adalah jumlah bayaran mengikut kategori penerima:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Bayaran STR Peringkat 4
Fasa keempat pembayaran STR akan bermula pada 7 November 2023, bagi mereka yang layak, menurut kenyataan Kementerian Kewangan. Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat.
Pembayaran STR seperti sebelum ini, bank pertama yang menerima bayaran adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), diikuti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam, Maybank dan lain-lain.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau mempunyai akaun bank yang tidak aktif, pengeluaran tunai STR Fasa 4 boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Untuk butiran lanjut tentang STR, sila rujuk portal rasmi STR – DISINI