Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Apakah SPS Lindung?
SPS Lindung atau Skim Bencana Pekerjaan adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 6 November 2020.
Ia bertujuan bagi caruman sepenuhnya kepada kumpulan tumpuan iaitu Orang Bekerja Sendiri (OBS )
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apakah Manfaatnya?
Peruntukkan Belanjawan 2021 telah menetapkan caruman inisiatif ini ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM232.80 seorang selama tempoh setahun.
Dikatakan pembayaran ini memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 orang mulai 1 Januari 2021.
Dibawah ialah faedah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau SPS Lindung.
Apakah Syarat Kelayakan Memohon?
Sasaran melalui program inisiatif SPS Lindung ini ialah Delivery Riders jumlah seramai 40,000 orang atau lebih.
Delivery Riders memberi maksud golongan ini ialah pekerja sendiri yang bertugas sebagai penghantar barangan dan makanan mengunakan motorsikal, basikal atau berjalan kaki.
Antara syaratnya ialah ialah:
- Bertaraf warganegara Malaysia / permastautin tetap;
- Tanpa mengira had umur;
- OBS bekerja sendiri di bawah kategori delivery riders iaitu penghantar barangan atau makanan;
- Bekerja sepenuh masa atau separuh masa; dan
- OBS (orang bekerja sendiri) bekerja di Malaysia.
Bagaimana Cara Memohon?
Permohonan boleh dibuat di pejabat PERKESO atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.
Dokumen yang diperlukan untuk delivery riders memohon ialah:
-
- Salinan kad pengenalan;
- Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan; dan
- Salinan lesen motorsikal.
- Manakala yang berbasikal mahupun berjalan kaki, sila kemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan yang berkaitan.
Semakan Status Kelulusan Anda
Anda boleh menyemak pendaftaran dan caruman melalui:
-
- Sistem Matrix (https://matrix.perkeso.gov.my) iaitu melalui status Pengesahan Bekerja Sendiri;
- Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh Negara; dan
- OBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) SPS Lindung – Delivery Riders PERKESO Bil. 1/2021 di https://www.perkeso.gov.my/…/312220_-_FAQ_SPS_LINDUNG.pdf
Atau Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada perkeso@perkeso.gov.my