PdPR Diteruskan 25 Hari, SPM 2021 Pula Ditunda Ke Tahun Hadapan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah membuat satu pengumuman secara langsung menerusi saluran Didik TV pada pagi hari ini telah mendapat reaksi yang bercampur-aduk daripada masyarakat, terutamanya di kalangan para pelajar sekolah dan ibu bapa.

Dalam sesi tersebut, Dr Radzi Mohd Jidin telahpun mengesahkan jangkaan ramai pihak apabila pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) akan terus disambung bagi tempoh 25 hari lagi apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan 14 Jun bagi Kumpulan B.

Baca Juga: KKM Mohon Ibu Bapa & Penjaga Proaktif Melindungi Kanak-Kanak

SPM 2021

Kumpulan A yang dimaksudkan ialah negeri-negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Arahan sesi PdPR selama 25 hari itu akan berkuat kuasa sehingga tiba cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai kelak.

Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Mohd Jidin.

“Kemudian, pada 16 Julai hingga 25 Julai, ada satu lagi cuti pertengahan penggal dan (sesi persekolahan) akan dibuka semula selepas 25 dan 26 Julai.

“Apakah pendekatannya pada waktu itu, kita akan umumkan sebelum sekolah dibuka pada 25 dan 26 Julai nanti,” katanya.

Baca Juga: Pembayaran i-Sinar Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Segera!

Tunda Peperiksaan SPM Ke 2022

SPM 2021

Dalam pada itu, Dr Radzi juga memaklumkan bahawa peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dibawa ke bulan Mac tahun 2022.

Sementara itu, ujian lisan dan amali sains SPM 2021 pula akan dilaksanakan pada bulan Februari 2022 iaitu kira-kira sebulan sebelum peperiksaan bertulis.

Penundaan SPM dari akhir tahun ini ke bulan Mac 2022 ini adalah demi memberikan ruang persediaan yang cukup bagi para pelajar serta tenaga pengajar sepanjang tempoh sembilan bulan bermula sekarang. Jelasnya, perkara ini telah diputuskan selepas pertimbangan keadaan dan cabaran semasa pada tahun ini.

Terdahulu, Dr Radzi telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun ini secara sistem mesej atau di laman web.

Sumber

 

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×