Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) : Bantuan Untuk Golongan B40
Kerajaan sangat memberikan usaha gigih dalam tindakan membendung wabak Covid-19 dan setakat hari ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PIC) berjalan dengan baik demi mencapai sasaran 80% populasi penerima vaksin dalam peringkat dewasa. Sejak wabak Covid-19 melanda negara, Kerajaan Malaysia sangat tekun dalam membantu rakyat khususnya bagi golongan B40 yang sangat terkesan dalam aspek kewangan.
Sejajar dengan faktor itu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakon telah mengumumkan bantuan baharu yang dikenali sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) khusus bagi golongan B40.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Senarai Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) mempunyai objektif dimana untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan memudahkan mereka mengamalkan norma baharu.
Jadi, pada mereka yang layak, akan menerima kit bantuan seperti berikut:
-
- Pek pelitup muka (4 keping setiap keluarga)
- Kit ujian kendiri Covid-19 (4 kit setiap keluarga)
- Pulse Oximeter
- Termometer
- Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan
Siapakah Golongan Yang Layak Untuk PPC?
Untuk permulaan, pemberian PPC ini akan diberikan kepada mereka yang juga penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.
Penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga ini lazimnya sudah berkahwin, memiliki atau belum mempunyai anak atau pun berstatus ibu bapa tunggal. Pada masa ini, terdapat 8.4 juta penerima BPR , akan tetapi untuk golongan yang layak menerima PPC ini, cuma sejumlah 3.6 juta yang layak.
Dengan itu, kerajaan akan memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.
Pemberian Dos Ketiga Vaksin
Cadangan pemberian dos suntikan ketiga Vaksin Covid-19 atau dipanggil ‘booster shot’ ini bukan perkara yang janggal kerana sudah dibicarakan terlebih dahulu oleh dan dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan di luar negara.
Maka itu, kerajaan telah pun bersetuju untuk pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 dengan beberapa syarat-syarat seperti berikut:
-
- Cuma diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti mereka yang memiliki masalah kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi & individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan untuk jangka panjang.
- Diberikan selepas kadar populasi dewasa telah mencapai 80%.
Garis panduan pemberian dos ketiga ini akan diumumkan tak lama lagi oleh Menter Kesihatan Malaysia setelah segala butiran telah diklasifikasikan dalam masa terdekat.
Itu sahaja dari Portal Info.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua. Kongsikan kepada semua.