Cara Padam Akaun MySejahtera Lama Anda (No.Tel / Emel Hilang) & Pindah Maklumat Tanggungan

Padam Akaun MySejahtera Lama Anda (No.Tel / Emel Hilang) & Pindah Maklumat Tanggungan | 

Ada yang menghadapi masalah akaun MySejahtera lama yang menggunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif ataupun telefonnya hilang, emel yang tidak aktif dan sebagainya. Sekiranya kes sebegini berlaku, anda boleh mendaftar akaun baharu namun akaun MySejahtera yang lama haruslah dipadam atau dihapuskan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Cara Pindah Maklumat Tanggungan Ke MySejahtera Sendiri

1. Padam Nama Sebagai Dependent Pada Telefon Orang Lain

Pertama sekali, anda perlu buka MySejahtera di mana anda terdapat di situ sebagai tanggungan tidak kira suami atau anak-anak dan seterusnya padamkan nama anda di situ sebagai dependent.

Langkah-langkahnya:

    1. Buka aplikasi MySejahtera
    2. Klik COVID-19 Vaccination
    3. Klik ‘Remove Dependent’

2. Muat Turun MySejahtera Di Telefon Sendiri

Setelah selesai memadamkan maklumat tanggungan pada telefon orang lain, anda boleh muat turun aplikasi MySejahtera di telefon sendiri dan daftar akaun MySejahtera semula.

3. Sahkan Maklumat Di Telefon Baru

Setelah berjaya mendaftar akaun MySejahtera sendiri di telefon telefon masing-masing, sahkan maklumat dengan ikuti:

    1. Buka aplikasi MySejahtera
    2. Klik COVID-19 Vaccination
    3. Klik Vaccine for ……
    4. Semak Maklumat Nama, No.IC & No Telefon
    5. Sahkan dengan klik butang Confirm & Ok

4. Jawab Soalan MySejahtera

Seperti biasa MySejahtera akan mengeluarkan soalan-soalan berkaitan vaksinasi:

    1. Pilih ya jika anda bersetuju atau jawapan yang betul bagi soalan tersebut.
    2. Setelah selesai menjawab klik pada butang Submit.
    3. Sahkan dan klik butang Ok.
    4. Paparan pendaftaran selesai akan ditunjukkan, tidak perlu risau kerana anda bukan daftar semula untuk divaksin, rujuk langkah seterusnya.

5. Semak Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Sendiri

Setelah selesai, anda boleh terus semak sijil digital vaksinasi pada aplikasi masing-masing:

    1. Buka aplikasi MySejahtera
    2. Klik COVID-19 Vaccination
    3. Klik Vaccine for …..
    4. Klik ‘Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate.

Selesai proses pindah maklumat tanggungan ke telefon sendiri. Cara ini pun sememangnya merupakan cara yang betul seperti yang dimaklumkan melalui helpdesk MySejahtera.

Cara Padam Akaun MySejahtera Lama Kerana Telefon / Emel Tidak Digunakan Lagi

Sekiranya anda ada hadapi masalah untuk mendaftar akaun baharu MySejahtera kerana akaun lama menggunakan nombor telefon atau emel yang tidak lagi aktif, dan ada juga yang telah terkeluar atau log out dari akaun tersebut, apa yang anda perlu buat adalah padam atau delete dahulu akaun lama sebelum mendaftar baharu.

Langkah yang perlu dibuat adalah seperti di bawah:

1. Buka Helpdesk MySejahtera seperti pautan berikut di Pelayar Internet (Chrome, Safari dan lain-lain).

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

2. Klik Mula

3. Baca soalan yang disediakan (kemungkinan pilihan berubah dalam sistem), pilih jawapan C (rujuk gambar).

4. Tiba sahaja di soalan seterusnya, pilih jawapan ‘Saya ingin memadamkan akaun saya’.

5. Masukkan ID Pengguna MySejahtera (Yang Lama) sama ada mengunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif ataupun e-mail yang tak lagi digunakan. Pastikan isi alamat e-mel untuk dihubungi yang aktif kerana respon akan dihantar ke emel tersebut.

6. Paparan ‘Terima kasih’ akan ditunjukkan dan emel akan dihantar kepada emel yang telah diberikan.

 

7. Emel notifikasi akan dihantar dan tunggu emel ‘Berjaya Dipadamkan’ dihantar pula dalam beberapa minit atau beberapa hari.

8. Buka MySejahtera & log masuk atau daftar menggunakan nombor telefon yang baru atau emel yang baru. Jika perlu jawab semua soalan lain boleh teruskan.

 

 

 

 

Leave a Comment