MySTEP 2022 | Permohonan Jawatan Kontrak Gaji RM1400 Hingga RM2000

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Malaysia Short-term Employment Programme  atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2022 dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak menghimpunan 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.

Bajet 2022 turut menyasarkan 220,000 pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.

Apakah MySTEP?

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan:

    • Penempatan di Sektor Awam
    • Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Berapakah Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP?

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Sektor Awam GLC / Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan 6 – 12 Bulan
    • Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Berapakah Kadar Upah / Bayaran?

Kadar upah sebenar ditentukan berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Sektor Awam​ Kadar (RM) GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda 2,000 2,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,800 1,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,600 1,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia 1,400

Penempatan MySTEP

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.​

Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Kemudahan

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis Kemudahan Sektor Awam GLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat 12 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit 14 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan Sosial Caruman KWSP dan PERKESO Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Baca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021

Apakah Syarat Kelayakan?

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:

Sektor Awam GLCs dan Rakan Strategiknya
Warganegara Malaysia Warganegara Malaysia
18 tahun keatas 18 tahun keatas
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
Menganggur Menganggur

Bagaimana Cara Permohonan MySTEP 2022?

Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:

Kekosongan Terkini MyStep

Berikut dikongsikan antara kekosongan terkini MyStep :

1. Pengambilan Personel MySTEP di JPW Pahang

Tarikh tutup: 16 NOVEMBER 2021

Sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat-syarat jawatan boleh menghantar resume ke alamat yang tertera di bawah.

2. IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022 DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

Butiran Jawatan
Jawatan : Pembantu Tadbir
Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan Tempoh Perkhidmatan : 1 bulan (minimum) sehingga Oktober 2022
Penempatan : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya

Syarat-Syarat
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
d) Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)
e) Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum

Cara Memohon
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui emel kepada shuhadah_sharif@esyariah.gov.my dan zaitun_mahmood@esyariah.gov.my sebelum atau pada 30 November 2021.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi YM Raja Nurul Alifah binti Raja Mohd Nordin (038870 9520) atau Puan Nurshuhadah binti Mohd Sharif (03-8870 9530).

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup maka permohonan dianggap tidak berjaya.

3. IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP UNTUK HOSPITAL SRI AMAN

Tarikh tutup : 11 November 2021

Untuk yang berminat dan berkelayakan,sila hantar permohonan dan resume ke emel yang tertera.

Maklumat Lanjut

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×