Bayaran RM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif (Skim perlindungan masyarakat mySalam)
Inisiatif pihak MySalam ialah untuk individu yang mempunyai pendapatan rendah dalam golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 bakal layak menerima RM50 sehari. Jumlah ini adalah inisiatif sebagai ganti kehilangan wang pendapatan individu yang terjejas sepanjang individu tersebut dikuarintin.Program ini berada di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.
Menurut Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat itu akan dilebarkan dan melibatkan mereka yang dikuarantin sebagai PUI supaya dapat menuntut wang sepanjang kuarantin yang diwajibkan untuk tempoh 14 hari.
Sila rujuk maklumat dibawah untuk MySalam Covid-19 serta cara membuat tuntutan RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin.
Apakah Skim mySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif kerajaan yang menumpukan demi menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Antara manfaat yang disediakan oleh MySalam ialah tuntutan sebanyak RM8,000 daripada mereka yang dilindungi akan dibayar sekali seumur hidup sekiranya didiagnos untuk salah satu daripada 45 penyakit kritikal serta pembayaran tunai sebanyak RM50 sehari bagi hospitalisasi maksimum selama 14 hari dimana ini adalah termasuk kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk menyekat penularan wabak Covid-19.
Perlindungan mySalam ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.
Apakah Syarat Kelayakan mySalam Covid 19?
Ini antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 untuk penerima BSH yang:
-
- Berumur antara 18 sehingga 65 tahun;
- Individu bujang yang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun, berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU yang berumur antara 18 tahun dan 65 tahun,berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Mereka yang layak untuk menerima skim mySalam ini akan dimaklumkan melalui SMS bermula 1 Mac 2019.
Tuntutan mySalam COVID-19 bagi penerima manfaat mySalam boleh dibuat dalam 2 situasi dibawah:
-
- Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19
- Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 ATAU yang sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Anda boleh rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia Takrifan PUI)
NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar dimana tuntutan yang dikemukakan kepada MySalam mestilah disertakan dengan perintah isolasi bagi pesakit yang disyaki COVID-19 ATAU pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Semak Kelayakan mySalam Covid 19?
Cara melakukan semakan secara online ialah seperti langkah dibawah:
-
- Sila layari laman web rasmi www.mysalam.com.my
- Isi kad pengenalan anda tanpa(-)
- Tekan butang semak
- Sila lihat di ruangan bawah dimana akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK menjadi penerima manfaat MySalam.
Mohon Juga: Cara Mohon & Semak Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless
Cara Buat Tuntutan?
Anda perlu kemukakan salinan dokumen ke portal MySalam secara muat naik (download) ATAU secara manual melalui kios MySalam berdekatan anda.
Rujuk langkah dibawah:
-
- Sila Log masuk ke portal MySalam dengan menggunakan nombor kad pengenalan penerima ATAU pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup & masukkan kata laluan.
- Kemudian Klik butang ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
- Sila Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori pilihan anda. Disini akan terdapat 3 pilihan iaitu:
- Pesakit Positif Covid-19
- Disyaki menghidapi Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
- Disyaki menghidapi Covid-19 dan diarahkan oleh KKM kuarantin di kediaman sendiri.
- Sila Isi butiran dibawah:
- Tarikh kemasukan wad dan tarikh mula kuarantin
- Tarikh keluar wad dan tarikh tamat kuarantin
- Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
- Muat naik dokumen yang berikut dan kemudian klik butang ‘Lampirkan’
- Kad pengenalan (depan & belakang)
- Nota discaj (untuk kemasukan wad sahaja)
- Surat perintah kuarantin KKM (untuk kes kuarantin sahaja)
- Sila Klik butang ‘Hantar’ kemudian klik butang ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda seterusnya akan diproses.
- Status tuntutan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
Sila hadir ke mana-mana kios MySalam untuk menuntut secara manual adalah dengan membawa salinan Kad Pengenalan serta semua Dokumen yang diperlukan.
Sila KLIK DISINI (FAQ No 28) untuk mendapatkan senarai lokasi kios MySalam.
Sebarang pertanyaan anda boleh rujuk kaedah dibawah tentang apa apa berkaitan proses tuntutan:
-
- Talian Hotline MySalam: 1 300 888 938
- E-mel kepada info@mysalam.com.my
- Sila layari Laman Web Rasmi MySalam dan FAQ Tuntutan Covid-19 Mysalam untuk maklumat lanjut.