Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan PRIHATIN Kasih ialah sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) yang mengamalkan pengunaan MyKad untuk membeli barangan rumah bagian golongan yang memerlukan. Ikuti informasi disediakan dibawah untuk anda faham bagaimana Mykasih ini berfungsi dan bagaimana untuk memohon?
Apakah MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat & isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga & pelajar miskin.
Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Setiap mana mana keluarga terpilih, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, dimana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan & diaktifkan dalam sistem ini.
Penerima bantuan makanan tersebut akan mendapat elaun bulanan semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang terlibat.
Terdapat lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya & pasar mini bebas.
Barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan ialah:
-
- beras
- mi
- roti
- biskut
- telur
- perasa
- tepung
- minyak masak
- makanan dalam tin
- minuman
Bagaimanakah Cara Semakan?
Bagaimanakah cara untuk semak status Prihatin Kasih? Ikuti langkah ini:
-
- Layari portal semakan di laman web ini http://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini pada SEMAK STATUS
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha imej yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan lanjut.
Cara Guna Sistem MyKasih (Cashless)
Penerima yang layak menerima akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah & gambar rajah di bawah:
Cara Daftar / Pohon MyKasih
Penerima My Kasih dikenal pasti berdasarkan senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Maklumat Lanjut
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi dengan cara dibawah:
-
- Laman web: http://www.mykasih.com.my/
- Talian: 03-7720 1888
- Email ke info@mykasih.com