MyFutureJobs | Daftar Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO Elaun RM600

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

MyFutureJobs: Daftar & Login Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO

Jangan lepaskan peluang ini, semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mendapatkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan bermula 15 Julai 2021. Program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan dan tak kiralah sama ada anda ialah majikan , penganggur mahupun graduan baru, anda layak untuk menerima manfaat ini.

Segera daftar sebelum 31 Disember 2021!

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah MyFutureJobs PERKESO?

PENJANAKERJAYA adalah sebuah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk penganggur, terutamanya mereka kehilangan pekerjaan di waktu Pandemik.

Melalui program ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya.

Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja

  1. Sila lengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
  2. Isi profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  3. Sila klik pada butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  4. Isikan e-mel & nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  5. Setelah itu, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  6. Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Jika anda ingin melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFutureJobs boleh gunakan cari dibawah:

  1. No. Telefon: 1-300-22-8000 / 03-80915300
  2. Emel: myfuturejobs@perkeso.gov.my
  3. Portal MyFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my

Inisiatif SIP Prihatin 2.0 & Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO

Mana-mana pemohon kerja di portal MyFuture Jobs boleh menerima insentif melalui PenjanaKerjaya 3.0. Terdapat beberapa penambahbaikan telah dibuat berbanding PenjanaKerjaya 2.0.

Permohonan PenjanaKerjaya ini untuk pekerja yang telah melapor diri mulai dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2021 dan digajikan oleh majikan dalam tempoh PenjanaKerjaya 3.0.

Tarikh akhir permohonan bagi insentif PenjanaKerjaya 3.0 adalah pada tarikh 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut:

  • hubungi hotline di 03-8091 5300
  • emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Anda boleh rujuk pautan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program PenjanaKerjaya 3.0 (PEMULIH) : https://www.perkeso.gov.my/…/150721_FAQ%20PENJANA…

Facebook: https://www.facebook.com/lamanrasmieisperkeso

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×