MyBSN login adalah langkah dan cara login akaun bank BSN online yang dihebahkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi pelanggan supaya mudah untuk membuat transaksi atau buat sebarang transaksi wang secara atas talian / online. Secara tak langsung perkara ini dapat membantu mengurangkan kekangan masa yang dihadapi setiap kali pergi cawangan BSN berdekatan.
Portal Info akan membantu anda semua dalam menerangkan bagaimana untuk mengakses atau login myBSN online banking ini. Lihat panduan di bawah.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Cara Daftar MyBSN Login Secara Online
Kepada sesiapa yang mempunyai buku akaun BSN tapi belum mempunyai akaun myBSN, anda harus mendaftar sebagai pengguna baru. Ikuti cara daftar BSN online 2021 seperti di bawah:
Nota: Persiapkan setiap perkara ini demi memudahkan pengisian maklumat ketika mendaftar.
-
- Nombor telefon yang berdaftar atas nama anda
- Kad pengenalan
- Kad ATM / debit / kredit (no pin kad)
- Nombor akaun anda
1. Sila kunjungi portal rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
2. Pastikan klik butang “Register” untuk mendaftar keahlian baru di portal myBSN online.
3. Pastikan anda membaca semua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Klik dan tick pada ruangan “Accept“, tick “Decline“jika tidak bersetuju dan ianya akan membawa anda kembali ke halaman depan mybsn semula.
4. Tekan butang “Next”. Ia akan bawa anda ke laman yang mempunyai ruangan yang perlu diisi.
5. Isi No. Kad Bank anda beserta no CVV2 3 digit dibelakang kad bank. Seterusnya, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda yang tertera di bawah nombor kad anda dan isi di ruangan “Expiry Date“. Pastikan tarikh dimasukkan dengan betul.
6. Sila isikan no kad pengenalan pada kotak yang disediakan, selepas selesai mengisi sila tekan butang “Next” untuk ke halaman seterusnya.
-
- New IC Number: Bagi yang warganegara Malaysia
- Old IC: Bagi anda yang belum menggunakan MyKad
- Military IC / Passport Number: Bagi yang tidak mempunyai MyKad atau bukan warganegara
7. Isikan username yang anda hendak gunakan, pastikan senang untuk anda ingat pada ruangan “Username”.
8. Isikan kata laluan yang lebih dari 8 angka dan anda ingin gunakan di kotak ruangan “Password“. Gunakan kata laluan yang sama pada petak kosong “Confirm New Password”.
9. Tekan “Request OTP” dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan tekan butang “Confirm”.
10. Anda akan terima kod OTP tersebut melalui no telefon yang anda daftarkan untuk akaun BSN dan masukkan kod OTP tersebut di ruangan “OTP number”.
11. Pilih satu sahaja gambar pilihan dalam “Online Image” tersebut. (Kegunaan gambar ini adalah untuk buat pengesahan semasa setiap kali anda buat login ke akaun banking MyBSN anda nanti sebagai verifikasi ringkas samada tu akaun anda atau tidak).
12. Tekan butang “Submit” dan pendaftaran akaun online banking myBSN anda berjaya.
Baca Juga: Cara Memperbaharui Roadtax Di Pejabat Pos Bermula 9 OGOS 2021(Cukai Jalan Kereta & Motor)
MyBSN Login (Kali Pertama)
Selepas mendaftar keahlian myBSN, anda sudah boleh untuk log masuk ke akaun MyBSN anda. Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :
1. Sila hadir ke laman web berikut https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
2. Masukkan username seperti anda daftarkan untuk akaun MyBSN.
3. Klik “Login” untuk akses akaun MyBSN anda.
4. Buat varifikasi Online Image, kalau betul kira ok. kalau salah maknanya userneame anda salah.
5. Masukkan password anda yang telah anda setkan semasa mendaftar.
6. Isikan maklumat peribadi anda setelah mengakses masuk.
7. Pilih soalan rahsia dan jawapan bagi setiap soalan yang dipilih.
8. Done! anda berjaya log masuk ke akaun myBSN online anda.
FAQ Cara Daftar BSN Login
Dibawah ialah soalan lazim yang sedikit sebanyak membantu anda berkenaan dengan cara daftar myBSN;
-
- Tidak perlu. Anda boleh gunakan dan nombor kad ATM yang sedia ada.
2. Bolehkah buka akaun secara online?
-
- Setakat ini BSN belum lagi menawarkan perkidmatan ini.
3. Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?
-
- Selepas mendaftar myBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.
4. Bolehkah menggunakan perkhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan myBSN?
-
- Sila layari laman web BSN untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanann dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan dengan myBSN.
5. Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?
-
- Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.
6. Perlukah daftar semula dengan BSN login selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?
-
- Anda tidak perlu mendaftar semuka. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam MyBSN akan sentiasa sah.
7. Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?
-
- Dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Lalun sebagai langkah keselaman. Guna kata laluan yang berlainan.
8. Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?
-
- Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.
9. Bolehkah tukar kata laluan?
-
- Boleh. Log masuk myBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan.
10. Apakah langkah keselamatan yang perlu ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?
-
- Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL BSN yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel.
11. Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?
-
- Hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
12. Adakah dikenakan bayaran menggunakan myBSN?
-
- Tiada sebarang pembayaran dikenakan.
Bagaimana? Mudah sajakan?
Sebarang pertanyaan sila rujuk BSN hotline dan hubungi ke :
-
- 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
- Customercare@bsn.com.my