Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pembentangan pakej bantuan PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi) ada mengumumkan moratorium automatik.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama 6 bulan untuk penangguhan bayaran pinjaman balik.
Untuk makluman, moratorium ini diberikan kepada semua pinjaman bank individu tidak kiralah dari golongan B40, M40, ataupun T40 mahupun usahawan mikro. Tidak ada sebarang syarat dikenakan untuk mendapat kelulusan ini seperti pengurangan pendapatan.
Selain itu, tiada semakan yang akan dibuat bank serta tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan semasa membuat permohonan.
Namun, bagi pinjaman di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), semaka akan dibuat oleh pihak bank untuk kelulusan.
Permohonan Moratorium Automatik 2021
Permohonan ini akan dibuka kepada semua mulai 7 Julai 2021.
Portal Info masih tidak mengetahui sama ada permohonan dibuat secara online ataupun bukan. Untuk anda yang tidak mahu terlepas, jemput masuk ke channel telegram: t.me/portalsemakan
Soalan Lazim
1. Adakah permohonan moratorium perlu dibuat ataupun ianya akan diberikan secara automatik?
-
- Permohonan perlu dibuat. Namun, kelulusan akan diberikan secara automatik.
2. Bilakah permohonan moratorium akan dibuka?
-
- Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.