Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan terdapat beberapa sektor perbankan dan agensi kerajaan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi tujuan meringankan beban rakyat dan perniagaan terutamanya daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menerima kesan daripada tragedi banjir yang melanda negara kita baru-baru ini.
Bantuan ini termasuklah bayaran balik pinjaman untuk setiap mangsa-mangsa banjir dalam pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga 6 bulan.
Moratorium Bank:
Antara Bank yang membuka peluang mengambil Moratorium ialah;
Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan akibat terkesan dengan bencana ini boleh memohon bantuan moratorium ini bermula 20 Januari.
Antara produk Bank Rakyat yang ditawarkan untuk bantuan moratorium ini termasuk:
- Pembiayaan Peribadi-i.
- Pembiayaan Perumahan-i.
- Pembiayaan Kenderaan-i.
- Sewa Beli Kenderaan-i.
- Pembiayaan Pendidikan-i.
- Pembiayaan Mikro-i.
Pelanggan perlu hubungi Bank melalui e-mel morabanjir21@bankrakyat.com.my dengan menyertakan:
-
- Nama penuh.
- Nombor kad pengenalan.
- Alamat terjeja.
- Nombor telefon bimbit untuk dihubungi.
- Jenis pembiayaan.
- Salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.
Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah yang berdekatan.
Moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pembiayaan untuk pelanggan yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kemusnahan projek lebih kurang 80% hingga 100%
- Penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan boleh DIPERTIMBANGKAN
- Sususan dan penstrukturan semula pembiayaan untuk pelanggan yang berkelayakan yang terlibat dengan bencana banjir.
- Pengecualian caj bagi penggantian kad ATM dan Buku Simpanan yang musnah dalam bencana banjir.
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2476 atau pegawai-pegawai di cawangan Agrobank yang berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai pelan bantuan tersebut.
Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) sehingga enam (6) bulan untuk segala kemudahan pembiayaannya kepada pelanggan Bank Muamalat sama ada individu yang tinggal di kawasan dilanda banjir atau perniagaan yang berada di kawasan tersebut.
Bank Muamalat juga prihatin tentang aspek kesejahteraan pelanggannya yang terjejas susulan kesan banjir yang berlarutan yang menyebabkan ribuan mangsa terpaksa berpindah, kawasan ladang musnah dan peniaga terpaksa tutup sementara operasi perniagaan. Oleh itu, Bank Muamalat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, dengan menilai setiap permohonan berdasarkan keperluan kes.
- Permohonan boleh dibuat dari 27 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022.
- Sila kemukakan dokumen berikut:
-
- Gambar bukti banjir seperti rumah, kenderaan dan sebagainya.
- Pengesahan dari pihak berkuasa tempatan.
- Lain-lain dokumen (jika berkenaan).
Sila muat turun Borang Permohonan “Service Request Form (SRF)” yang tersedia di laman sesawang MAP Bank Muamalat dan e-mel bersama dokumen sokongan yang berkaitan ke floodmora2021@muamalat.com.my selewat – lewatnya pada 15 Februari 2022 atau hubungi Bank Muamalat di talian +603-2600 5500.
*Jika bank perbankan anda tidak dinyatakan, sila hubungi talian bank masing-masing.
Semoga inisiatif ini membantu mangsa banjir sedikit sebanyak