Mohon Sijil Kelahiran Yang Hilang | Online Sahaja

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Mungkin pada sesetengah individu tak merasakan surat beranak tidak penting bila sudah dewasa. Akan tetapi sebenarnya surat beranak ataupun sijil kelahiran merupakan dokumen terpenting yang amat diperlukan lebih lebih lagi melibatkan permohonan kerja di sektor kerajaan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Pelbagai faktor boleh berlaku yang mengakibatkan anda kehilangan dokumen penting ini sebagai contohnya hilang akibat dicuri, banjir, kebakaran dan sebagainya. Jika anda salah satu individu yang malang itu, kami akan membantu dengan panduan dibawah bagi memudahkan urusan anda mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online.

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon?

Permohonan hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
  2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  7. Firma Guaman;
  8. Badan Berkanun;
  9. Agensi kerajaan.

Bagaimanakah Proses Pendaftaran Pengguna?

  1. Sila layari portal JPN https://www.jpn.gov.my/my/
  2. Boleh klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
  3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
  4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
  5. Laman pendaftara pengguna baru akan dipaparkan
  6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
  7. Setelah selesai pendaftara, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
  8. Sila klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
  9. Selepas klik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.

Langkah Seterusnya (Log Akaun)

Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna dibenarkan untuk log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.

  1. Di bahagian log masuk, masukkan nombor MyKad atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
  2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama sistem

Proses permohonan

  1. Terma & syarat yang telah ditetapkan haruslah dibaca terlebih dahulu.
  2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
  3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
    • Waris terdiri daripada golongan berikut:
      • Ibu bapa
      • Adik-bradik
      • Pasangan
  4. Sekiranya pengguna adalah “Pemilik”, lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan
  5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
  6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah berjaya
  7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya
    Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×