Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan Kewangan RM800 ini merupakan inisiatif bantuan kewangan yang disediakan kerajaan perpaduan tahun ini. Untuk makluman, permohonan kini dibuka kepada mereka yang layak.
MOHON JUGA : Cara Tebus Bantuan MyKad RM600
Bantuan RM800 BMT
Skim BMT atau lebih dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh merupakan salah satu insentif yang ditawarkan kerajaan pada tahun 2023.
Bantuan ini disediakan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat musim tengkujuh.
Kadar & Jumlah bayaran BMT
Skim bantuan musim tengkujuh sebanyak RM800 dibahagi kepada 4 fasa dan ini akan disalurkan kepada pemohon yang layak mengikut kadar dan jadual yang ditetapkan di bawah:
- November 2023 – RM200
- Disember 2023 – RM200
- Januari 2024 – RM200
- Februari 2024 – RM200
Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun penerima selama 4 bulan berturut-turut sehingga dimuktamadkan pada Februari depan.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, tarikh permohonan bantuan BMT bernilai RM800 telah dibuka. Permohonan boleh dikemukakan pada 15 Jun, dengan tarikh akhir pada 15 September 2023.
Cara Memohon Bantuan BMT RM800
Bagi rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan yang dinyatakan boleh memohon inisiatif ini dalam bentuk bantuan tunai. Panduan cara memohon sudah sedia, sila layari portal web rasmi BMT RISDA – di sini
Syarat Kelayakan
Permohonan bantuan RM800 ini menetapkan beberapa syarat kelayakan. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Rakyat Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan tanah sendiri dari 0.1 hingga 2.5 hektar
- pemilik tanah yang sah
- Hanya seorang penama/pemilik 1 bidang tanah layak mendapat bantuan BMT
- Pemilikan kad permit kuasa getah (PAT-G) masih sah pada masa permohonan (bukan pemilik tanah)
Nota: Petani kecil atau penoreh getah hanya layak mendapat bantuan ini sekali sahaja.
Untuk butiran lanjut atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi RISDA di talian 03-4256 4022.
Maklumat lanjut
Selain bantuan tengkujuh RM800, terdapat lebih banyak inisiatif untuk memberi bantuan kepada kumpulan sasaran dan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang tersedia dan layak yang tersedia untuk anda – lihat rujukan penuh di sini.