Mohon Deposit Sehingga RM10,000 PTPTN Untuk Pendidikan Tinggi Anak-Anak

Mohon Deposit Sehinga RM10,000 PTPTN Untuk Pendidikan Tinggi Anak-Anak

Apa Itu Geran Sepadan PTPTN?

Berita buat sem para pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang mempunyai pendapatan rendah di seluruh negara adalah sangat digalakkan untuk membuat pemohonan Geran Sepadan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Geran Sepadan adalah satu insentif kewangan yang telah ditawar demi masa depan anak-anak mereka dalam pendidikan.

Pendeposit yang menyumbang pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok)yang tidak lebih dari RM4,000.00 sebulan dianggap layak untuk pemberian geran ini. Pihak PTPTN sangat menggalakkan rakyat menabung bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Orang ramai yang berpendapatan rendah serta mahu memohon geran ini tetapi masih lagi belum mempunyai akaun SSPN-i perlulah membuka akaun ini terlebih dahulu.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Berapakah Jumlah Nilai Geran?

Buat satu isi keluarga, jumlah keseluruhan geran yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak untuk memohon Geran Sepadan PTPTN adalah tidak melebihi RM10,000.00.

Apakah Syarat-Syarat Untuk Memohon?

Sila rujuk syarat permohonan bagi mana-mana pendeposit yang berminat mendapatkan Geran Sepadan PTPTN:

    • Pendeposit hendaklah ada pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak lebih RM4,000.00.
    • Penerima manfaat iaitu anak pendeposit hendaklah diterima dan telah mendaftar untuk memasuki mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. Kemasukan di peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas layak untuk dipertimbangkan.
    • Penerima manfaat juga hendaklah berumur sebelum 29 tahun dalam tempoh permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
    • Tuntutan Geran Sepadan pula mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.

Jadi, Bagaimana Cara Membuka Akaun SSPN-i?

Orang ramai yang masih belum lagi mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun cara-cara di bawah:

    • Sila layari laman web PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/geran-sepadan-sspn-i-side.
    • Sila tekan butang ‘Buka Akaun SSPN-i.’
    • Sila isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
    • Sila lakukan pembayaran bagi melengkapkan pembukaan akaun
    • Anda berjaya membuka akaun SSPN-i

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Geran Sepadan

Pemohon boleh pergi ke mana-mana pejabat PTPTN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen seperti di bawah:

    • Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
    • Salinan Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
    • Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai;
    • Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
    • Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
    • Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, surat tawaran mendaftar dan surat pengesahan aktif belajar tidak diperlukan.
    • Sila maklumkan kepada kakitangan PTPTN yang anda mahu memohon Geran Sepadan.
    • Proses seterusnya akan dibantu oleh kakitangan PTPTN.

*Maklumat Lanjut

Sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

 

Leave a Comment